Khas buat kaki camping dalam hutan, kalau jumpa ‘tempat ini’ tolong beredar segera

Photo of author

By Syima Iza

Khas buat kaki camping dalam hutan, kalau jumpa ‘tempat ini’ tolong beredar segera.

Pada masa kini, aktiviti luar seperti mendaki, berkhemah, memancing, dan pelbagai lagi semakin popular dalam kalangan masyarakat di negara ini. Walaupun dianggap sebagai sukan lasak kerana melibatkan kawasan semak, hutan, dan batu-batuan, aktiviti ini membantu orang ramai lebih menghargai keindahan alam semula jadi.

Di samping itu, aktiviti-aktiviti ini juga dapat menjadi terapi kepada minda dan mata melalui pemandangan hijau. Oleh sebab itulah, ramai anak muda kini menyebut aktiviti ini sebagai “healing.”

Khas buat kaki camping dalam hutan, kalau jumpa 'tempat Ini' tolong beredar segera

Namun, setiap kali memasuki hutan atau kawasan berbukit, kita harus berhati-hati kerana kawasan ini merupakan habitat haiwan liar dan berbahaya. Oleh itu, penting untuk membawa peralatan keselamatan dan berhati-hati terhadap kawasan berisiko ketika meredah hutan.

Baru-baru ini, dalam satu video yang dikongsi oleh pengguna TikTok, @rahim_bakau, dia berkongsi ilmu penting mengenai hutan untuk para pendaki dan pengunjung berkhemah.

Dalam video itu, dia menunjukkan kawasan tanah berlecak di dalam hutan dan menjelaskan bahawa sesiapa yang menemui kawasan tersebut harus segera menjauhkan diri.

@rahim_bakau♬ original sound – Rahim Bakau – Survivalist

“Hikers dan campers, kalau korang pergi hutan dan jumpa lopak-lopak dan kesan macam ini, tinggalkan tempat itu dengan cepat. Bahaya duduk dekat sini,” katanya dalam video tersebut.

Mengapa perlu menjauhkan diri dari kawasan itu? Menurutnya, lokasi seperti itu mungkin menjadi tempat haiwan pemangsa sedang mencari mangsa atau tempat berkubang haiwan. “Di mana ada haiwan berkumpul, seperti sungai, tempat minum atau kubang babi hutan, pasti ada potensi besar pemangsa berada berdekatan, seperti harimau belang, ular sawa batik, dan lain-lain,” tambahnya.

Oleh itu, ilmu hutan sangat penting bagi mereka yang ingin meneroka alam semula jadi agar dapat menilai kawasan-kawasan yang berbahaya dan berisiko.

@rahim_bakau Replying to @Qeela Dimana ada haiwan berkumpul, samada sungai port minum air atau kubang barbie hutan mandi dll, pasti ada potensi yg besar pemangsa ada berdekatan samada pak belang, batik dan lain lain #fyp #wildlife #wildboar #tiger #hunting #waterpoint ♬ original sound – Rahim Bakau – Survivalist

Baca Juga:
Bekas Ketua SPRM ‘Buka Mulut’ tentang Najib Razak
“Kereta putih boleh jadi oren” – Pengguna jalan raya kongsi keadaan terkini jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands
23 tahun tak makan nasi, pengantin lelaki pesan isteri masak ‘western’ setiap hari