Khairul Aming tutup kilang 5 hari, bawa 100 staf bercuti hotel 5 star bilik seaview.
Pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Aming menghargai 100 orang kakitangannya dengan menaja percutian di hotel mewah bertaraf lima bintang selama lima hari di Pulau Pinang. Selain itu, Aming turut memberikan duit poket kepada mereka untuk dibelanjakan sepanjang percutian tersebut.
Menerusi hantaran di laman Instagramnya, pelbagai aktiviti menarik dilakukan bersama kakitangan termasuk parasailing, banana boat, dan aktiviti di Escape Park.
“Kami tutup kilang selama lima hari untuk bawa kesemua 100 staf Khairul Aming bercuti di Pulau Pinang. Semua staf dapat hotel lima bintang dengan bilik pemandangan laut, duit poket untuk shopping, bermain di Escape Park, parasailing, banana boat, jetski, meneroka bandar Georgetown, makan nasi kandar, grand dinner, dan banyak lagi aktiviti menyeronokkan.
“Yang penting, semua staf dapat berehat dan bercuti dengan gembira,” katanya.
@khairulamingKita tutup kilang selama 5 hari untuk bawa kesemua 100 staff Khairulaming bercuti di Penang Semua staff dapat hotel 5 star bilik seaview, duit poket untuk shopping, main escape park, parasailing, banana boat, jetski, explore bandar georgetown, makan nasi kandar, grand dinner dan macam-macam lagi. Yang penting semua staff dapat berehat and bercuti dgn happy 😁❤️
Aming juga mengadakan sesi makan malam mewah untuk menghargai kakitangannya di hotel tersebut. Sebelum ini, Aming pernah menaja percutian kakitangannya di Langkawi sebagai ganjaran atas kejayaan jualan Sambal Nyet di Kelantan.
Tindakan murni Aming yang menyantuni kakitangannya mendapat pujian daripada warganet, malah ada yang bergurau ingin menjadi sebahagian daripada pasukannya.