Khairul Aming terima surat penghargaan daripada PM New Zealand

Photo of author

By Syima Iza

Khairul Aming terima surat penghargaan daripada PM New Zealand.

Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming, berkongsi kegembiraan selepas menerima surat penghargaan daripada Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon.

Khairul Aming, atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, 32, berkata surat itu diterima susulan lawatan rasmi Luxon ke Malaysia baru-baru ini.

Khairul Aming terima surat penghargaan daripada PM New Zealand

Menurut Khairul, kandungan surat tersebut memuji bakatnya dalam membina jenama sendiri serta usaha memperkenalkan hidangan tempatan.

“Terima kasih kerana meluangkan masa daripada jadual padat untuk mengajar menyediakan roti jala dan cendol serta menyajikan hidangan tempatan yang lazat.

“Saya dapati video sarapan kita sudah mencecah lapan juta tontonan di Instagram dalam beberapa hari. Saya tahu itu adalah pencapaian yang luar biasa.

“Industri pelancongan New Zealand pastinya menghargai usaha anda selepas mendengar refleksi itu secara langsung,” menurut surat yang dikongsi oleh Khairul Aming.

Pada 3 September lalu, Khairul Aming menyambut kedatangan Christopher Luxon di restoran Hidang KL, di mana beliau sempat menyediakan hidangan roti jala air tangannya sendiri dan teh tarik.

Anak kelahiran Kota Bharu itu sinonim dengan siri video Ramadan yang berjudul 30 Hari 30 Resepi setiap tahun. Sehingga kini, graduan kejuruteraan mekanikal dari Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat ini, memiliki dua kilang di Kota Bharu.

Khairul Aming turut meminta orang ramai mendoakan kejayaannya dalam terus mencipta kandungan yang mampu mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Baca Juga:
“Pay slip dia negatif” – Wanita terpaksa tolak lamaran askar demi masa depan
“Wujud manusia macam ni…”- Wanita menyesal kahwin selepas 40 hari
Niat nak ajar anak erti susah cari duit, tak sangka anak raih RM6k jual ayam goreng