Khairul Aming rebah selepas selesai misi bantuan mangsa banjir.
Ramai netizen mendoakan kesihatan pempengaruh media sosial, Khairul Aming, selepas video menunjukkan dirinya rebah akibat keletihan menjadi tular di media sosial.
Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, @Mrcosec, memaparkan Khairul Aming sedang terbaring menerima rawatan di sebuah klinik.
Menurut kapsyen video tersebut, Khairul Aming didakwa tidak cukup tidur selama hampir seminggu, selain mengalami demam dan cirit-birit selepas membantu mangsa banjir.
“Khairul Aming penat sangat. Tak cukup tidur hampir seminggu,” tulis pengguna itu.
Sebelum ini, Khairul Aming mengetuai misi Bantuan Orang Baik (BOB) selama hampir seminggu untuk membantu dan mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas di Kelantan.
Melihat keadaan beliau, rata-rata netizen menitipkan doa agar Khairul Aming segera sembuh dan menasihatkan beliau supaya berehat untuk memulihkan kesihatan.
@mrcosec Semoga @Khairulaming cepat sembuh Allah sayang orang baik #khairulaming #banjirkelantan ♬ Very Sad – Enchan
“Semoga Khairul Aming sentiasa kuat rohani dan jasmani agar dapat terus berbakti kepada yang memerlukan. Amin,” ujar seorang pengguna, @Suryana21422.
“Semoga cepat sembuh untuk Khairul Aming. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kesihatan yang baik,” kata @Ctyzubaidah.
“Semoga cepat sembuh, Khairul Aming. Kepada semua pasukan BOB, semoga sihat dan berjaya selalu,” tambah @Aira.