Khairul Aming jamu PM New Zealand roti jala, teh tarik dan cendol

Photo of author

By Syima Iza

Khairul Aming jamu PM New Zealand roti jala, teh tarik dan cendol.

Pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Aming mencuri tumpuan apabila dikunjungi oleh Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon, di sebuah restoran di ibu kota, hari ini.

Melalui video yang dimuat naik di Instagram (IG), Khairul memberitahu bahawa pertemuannya dengan Luxon adalah sebagai tanda penghargaan dari pihak New Zealand atas video percutian sambil memasak yang dihasilkannya di negara tersebut.

Khairul Aming jamu PM New Zealand roti jala, teh tarik dan cendol

Dalam pertemuan itu, Khairul, atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, 32, turut mengadakan perbincangan mengenai pertukaran pelancongan antara Malaysia dan New Zealand. Khairul, yang sudah terbabit dalam bidang penyediaan kandungan dalam media sosial selama sembilan tahun, berkata beliau bersyukur kerana pertemuan itu berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, pertemuan berjalan dengan lancar dan video masakan yang dibuat di New Zealand diterima baik oleh kerajaan New Zealand.

“Siapa sangka dulu buat video masak atas lantai dekat rumah sewa, hari ini dapat duduk bersebelahan Perdana Menteri terkenal dunia,” katanya.

Terdahulu, Khairul mengumumkan bahawa dirinya akan tampil dengan siri memasak baharu yang dijalankan di New Zealand sebanyak sembilan episod.

Menurutnya, ini adalah untuk mengejar minatnya sambil mengembara ke luar negara. Video yang dikongsikan oleh Khairul dua jam lalu itu mendapat perhatian warganet dengan lebih 300,000 tanda suka, 12,100 komen, dan 21,300 perkongsian semula.

Baca Juga:
Pelanggan hotel muntah teruk terminum air kopi mengandungi bangkai lipas
Pernah disetubuhi 20 lelaki, wanita insaf jatuh cinta dengan jejaka baik hati
“Suami kutuk badan aku makin membesar, aku nekad letak jawatan sebagai isteri”