Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin saman Papagomo RM3 juta.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada hari ini telah memfailkan saman fitnah sebanyak RM3 Juta terhadap Papagamo ekoran beberapa kenyataan yang dikeluarkannya.
Memetik laporan Berita Harian, telah melabelkan Razarudin sebagai pelacur banduan terhormat dan penjilat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Notis tuntutan saman itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi dan telah diserahkan kepada Papagomo, atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, sebagai defendan. Pihak Ketua Polis Negara menuntut ganti rugi bagi fitnah lisan, ganti rugi fitnah bertulis, ganti rugi am, ganti rugi teruk atau teladan, dan ganti rugi khas.
Ketua Polis Negara ketika dihubungi oleh sumber mengesahkan perkara tersebut, namun beliau enggan mengulas lanjut.
Terdahulu, PDRM membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Papagomo dalam sebuah klip video. PDRM juga telah merakam keterangan Papagomo mengenai kes itu di Balai Polis Setapak pada 19 Disember lalu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, Seksyen 500 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.