Ketua Pemuda Umno dukung bapa bawa pergi gunting rambut raih perhatian ramai
Kini tiba giliran saya pula yang bawa ayah gunting rambut,” Luah Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
Menerusi satu video yang dimuat naik di laman sosial, TikTok, Muhamad Akmal dilihat mendukung bapanya masuk ke kedai gunting rambut.
Dalam rakaman berdurasi satu minit itu, beliau memaklumkan bahawa bapanya sudah lapan tahun tidak boleh berjalan disebabkan strok.
“Dulu masa saya kecil, setiap bulan wajib ayah akan bawa kami untuk gunting rambut.
“Terima kasih ayah atas pengorbanan ayah pada kami selama ini,” tulisnya pada Jumaat.
@drakmalsaleh Dulu ayah bawa kami Kini kami yang bawa ayah pula Terima kasih ayah #drakmalsaleh ♬ Ayah – Seventeen
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna di media sosial itu berbangga dengan layanan Muhamad Akmal terhadap bapanya itu.
Menurut @fauzifadzil75, kini sudah tiba masa anak-anak membalas jasa ibu bapa.
“Alhamdulillah. YB, anda anak yang baik,” tulis @Peah Ac2.