Ketua Pemuda Pas ‘pelik’ lihat aksi pemuda Pas Terengganu berarak bawa replika senjata

Ketua Pemuda Pas ‘pelik’ lihat aksi pemuda Pas Terengganu berarak bawa replika senjata

Ketua Pemuda Pas ‘pelik’ lihat aksi pemuda Pas Terengganu berarak bawa replika senjata. Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari menganggap “pelik” melihat Pemuda PAS Terengganu berarak pada satu majlis bersama pedang, lembing dan perisai.

Difahamkan, perarakan itu berlaku pada Jumaat, di Setiu, Terengganu, pada acara pembukaan sempena perkumpulan Pemuda PAS negeri itu, Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit), berlangsung selama dua hari.

Fadhli berkata, beliau hanya dijemput pada pelancaran majlis itu dan tidak mengetahui berhubung perarakan.

Ketua Pemuda Pas 'pelik' lihat aksi pemuda Pas Terengganu berarak bawa replika senjata

“I (saya) pun tengok gambar tu (itu) pagi tadi…I tengok gambar and I pun rasa agak pelik la,” katanya kepada FMT.
“I tak ‘join’ (sertai) ‘event’ (perarakan) tu,” katanya mengulas lanjut mengenai ahli PAS berarak menggunakan pedang dan lembing.
“Tapi kalau nak tau (tahu) lebih lanjut, I think better (saya rasa lebih baik) tanya dengan Pemuda PAS Terengganu.”

FMT sudah menghubungi Ketua Pemuda PAS Terengganu Mohd Harun Esa bagi ulasan lanjut.

FMT juga cuba mendapatkan ulasan Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa sama ada perarakan seumpama itu memerlukan permit atau tidak.

Awal hari ini, tular di media sosial gambar sekumpulan lelaki dipercayai ahli PAS berarak menggunakan pedang, lembing dan perisai.

Carian dalam akaun Facebook Pemuda PAS Terengganu mendapati, terdapat gambar sekumpulan lelaki berarak bersama pedang, lembing dan perisai, sambil bendera PAS turut sama kelihatan.

Akaun sama juga turut memaparkan kehadiran Presiden PAS Abdul Hadi Awang, selain beberapa tetamu lain.

Antara aktiviti dijalankan selama dua hari itu melibatkan perlawanan bola sepak dan sepak takraw, dan konvoi bermotosikal mengibarkan bendera PAS.

Menurut laporan The Malaysian Insight, Ketua Polis Setiu Afandi Hussin dipetik sebagai berkata, anggotanya sudah menghubungi Pemuda PAS Terengganu selaku penganjur untuk tampil membantu siasatan berhubung program berkenaan.

Baca Lagi:
Berang dituduh lakukan hubungan seks dengan lembu, lelaki bunuh tunang dengan sepana
Penyanyi Ibnor Riza ditidurkan selepas pengsan tiga kali
Wanita tertekan menjadi ‘tulang belakang’ keluarga hanya kerana mempunyai pendapatan tetap
CATEGORIES