Ketua Pemuda Pas cedera terkena pisau sembelih akibat lembu meronta

Ketua Pemuda Pas cedera terkena pisau sembelih akibat lembu meronta

Ketua Pemuda Pas Dun Telemong cedera pada betis kanan akibat terkena pisau sembelih ketika melakukan ibadah korban di Kampung Matang, dekat sini, hari ini.

Kejadian berlaku pada pukul 9.30 pagi apabila lembu korban yang kedua secara tiba-tiba meronta hingga menyebabkan pisau dipegang Mohamad Yusuf Abdullah, 34, tersasar ke betisnya.

Pengerusi Majlis Tindakan Dun (MTD) Telemong, Mohd Safari Abu berkata, berikutan kejadian itu Mohamad Yusuf dibawa ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Pemuda Pas cedera terkena pisau sembelih akibat lembu meronta

Mohd Safari berkata, dia difahamkan Mohamad Yusuf kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi mendapatkan rawatan lanjut. “Saya turut berada di lokasi kejadian namun insiden tidak terduga ini berlaku begitu pantas berikutan haiwan sembelihan itu secara mengejut meronta.

“Lembu pertama disembelih dengan lancar tanpa sebarang perkara tidak diingini berlaku, namun lembu kedua tiba-tiba meronta-ronta,” katanya.

Menurutnya, menjadi rutin Mohamad Yusuf setiap kali Aidiladha akan dijemput untuk menyembelih ternakan korban di beberapa kampung di dalam Dun Telemong dan beliau berharap Mohamad Yusuf segera sembuh.

Katanya, kejadian ini berlaku di luar jangkaan semua dan kami tetap meneruskan ibadah korban dengan lebih berhati-hati. “Ibadah korban diteruskan dengan lebih berhati-hati dan tiada sebarang insiden berlaku sehingga program tamat,” katanya.

Baca Juga:
Penangan lagu tangkap leleh ‘Yennode Macha’, ramai belajar bahasa Tamil
Mekanik cipta kereta sorong terpantas di dunia
Video tular lembu terlepas buat kecoh di Lebuhraya Damansara – Puchong
CATEGORIES