Ketua kampung curi dana penduduk RM304k untuk sara 4 isteri dan 20 anak

Photo of author

By Syima Iza

Ketua kampung curi dana penduduk RM304k untuk sara 4 isteri dan 20 anak.

Seorang bekas ketua kampung di sebuah perkampungan di Indonesia telah ditahan polis setelah disyaki menyeleweng dana milik penduduk kampung berjumlah RM304,000.

Seleweng Dana Penduduk Kampung

Ketua kampung curi dana penduduk RM304k untuk sara 4 isteri dan 20 anak
Gambar hiasan
Difahamkan, Alkani telah menyeleweng wang tersebut sejak tahun 2015, iaitu sepanjang tempoh beliau memegang jawatan sebagai ketua kampung. Menurut sumber, dana sebanyak RM304,000 itu sepatutnya digunakan untuk projek khas di kampung berkenaan. Namun, Alkani didakwa membelanjakan wang tersebut untuk keperluan peribadinya.

Projek yang dirancang kononnya berjalan mengikut perancangan, tetapi kos yang digunakan tidak selari dengan kertas kerja asal. Alkani dikatakan telah memalsukan maklumat dalam laporan audit bagi menutup perbuatannya.

Terdapat juga dakwaan bahawa sebahagian daripada dana yang diseleweng itu digunakan oleh Alkani untuk menikahi isteri keempatnya serta menampung kehidupan empat orang isteri dan 20 orang anaknya. Pihak berkuasa telah mengumpul bahan bukti dan Alkani kini dalam tahanan polis untuk tindakan lanjut.

Baca Juga:
Pertama kali Gunung Fuji di Jepun tidak bersalji dalam tempoh 130 tahun, ini sebabnya
6 syarikat Malaysia tersenarai dalam sekatan AS
Penjaga stor ‘kantoi’ pasang kamera tersembunyi di tandas pejabat