Ketua Balai Polis Jalan Campbell jadi ‘hero’ selamatkan wanita cuba bunuh diri

Photo of author

By Syima Iza

Ketua Balai Polis Jalan Campbell jadi ‘hero’ selamatkan wanita cuba bunuh diri.

Tindakan pantas Ketua Balai Polis Jalan Campbell di sini, yang menarik seorang wanita yang disyaki cuba terjun daripada aras lima sebuah pusat beli belah pada Rabu lalu, membantu menyelamatkan nyawa wanita terbabit.

Pada kejadian jam 10 malam itu, wanita berusia 20 tahun berkenaan dikatakan tidak berganjak daripada bahagian tepi bangunan walaupun sudah dipujuk anggota polis.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, terdahulu, pihaknya menerima aduan awam yang menyatakan ada individu disyaki cuba terjun daripada aras lima parkir kenderaan premis terbabit.

Ketua Balai Polis Jalan Campbell jadi 'hero' selamatkan wanita cuba bunuh diri

“Tiba di lokasi, kami dapati seorang wanita berada di tebing parkir kenderaan dan memberitahu ingin terjun.

“Kami berusaha memujuk dan menenangkannya namun dia enggan berganjak,” katanya dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, akhirnya, Ketua Balai Polis Jalan Campbell Inspektor Adi Khusaini Saripudin bertindak pantas menarik wanita itu dan berjaya menyelamatkannya.

“Wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan selamat. Dia kemudiannya dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

“Hasil siasatan mendapati, punca kejadian akibat masalah kemurungan selain wanita itu juga didapati pesakit psikiatri,” katanya.

Baca Lagi:
Satu setengah jam tubuh wanita berada dalam mulut buaya, pekerja ladang kelapa sawit ini berjaya diselamatkan rakan sekerja
Lelaki dedah isteri curang di rumah sendiri, ‘kantoi’ ada jantan di belakang pintu
Pelajar lelaki ditinggal keluarga di R&R ketika dalam perjalanan daftar di universiti