Ketam paling comel di dunia ditemui di Teluk Amerika.
Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) milik Amerika Syarikat (AS) berkongsi rakaman video seekor ketam kecil yang ditemui di Teluk Amerika, lapor portal berita MailOnline.
Dalam rakaman video NOAA, ketam kecil itu dilihat berada di atas tapak tangan seorang penyelidik, dengan mata hitam maniknya yang menonjol pada badan berwarna merah jambu dan berduri.
“Ini adalah ketam paling comel, paling tajam, paling kecil di dunia!,” demikian menurut hantaran NOAA di platform X.
Video itu mendapat perhatian ramai netizen dengan lebih 10.6 juta tontonan setakat ini.
“Spesies apakah ini?” tanya seorang netizen.
Seorang lagi netizen berkata: “Ketam ini kelihatan seperti baru bangun dari tidur pada waktu siang.”
This is the cutest, spikiest, tiniest crab in the world! (Don’t quote us on that—it’s called hyperbole.)
It was found during an operation in the Gulf of Mexico, which collected samples of mesophotic and deep-sea coral species for lab rearing and propagation.
Credit: @sanctuaries pic.twitter.com/ObYx2YveHW— NOAA Fisheries (@NOAAFisheries) January 8, 2025