Kesian dengar luahan suami, isteri rakam nak bagi satu dunia tengok dikecam netizen

Photo of author

By Syima Iza

Kesian dengar luahan suami, isteri rakam nak bagi satu dunia tengok dikecam netizen.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang suami meluahkan rasa kecewa tentang keadaan rumah tangganya. Lelaki itu, yang pulang ke rumah dalam keadaan berselerak, dilihat sedang mengemas pakaian sambil membebel. Lebih mengejutkan, aksinya dirakam oleh isterinya sendiri.

Menerusi satu hantaran di platform X oleh akaun MALAYSIAVIRALLL, video tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersimpati dengan si suami.

Luahan Kekecewaan Si Suami

Kesian dengar luahan suami, isteri rakam nak bagi satu dunia tengok dikecam netizen

Dalam video tersebut, suami itu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap isterinya yang disifatkan tidak matang serta seolah-olah tidak menghargai usaha kerasnya untuk keluarga.

“Bukan saya je yang maki kau, ustaz dan ustazah pun maki kau. Polis pun maki kau. Perangai macam bod*h, tak matang langsung. Macam takde kerja pulak, macam saya duduk bawah rumah tak buat apa. Semua benda saya dah tanggung, elok-elok la buat kerja kau. Jalankan tanggungjawab kau. Penat sikit tak boleh, itu tak boleh,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa dia melakukan pelbagai kerja di luar rumah demi menanggung keluarga, sedangkan isterinya hanya perlu menguruskan rumah dan anak-anak, tetapi masih mengeluh.

“Ada saya buat dua tiga kerja kat luar, saya balik cakap penat, penat? Ada saya cakap macam tu? Ada saya cerita kat kau saya penat? Baru uruskan rumah, budak macam tu je dah balik-balik nangis,” luahnya lagi.

Tidak Setuju Isteri Bekerja
Suami itu juga menyatakan bahawa dia tidak membenarkan isterinya bekerja kerana sedar ia akan menambah beban tanggungjawab, tetapi si isteri berdegil dan meminta bantuan ibunya untuk memujuk.

“Engkau kalau tak boleh kerja, jangan kerja. Saya dah cakap tak bagi kerja haritu. Takpe, video ni kau bagi kat mak engkau. Baru mak kau tahu kenapa saya marah kau kerja mula-mula dulu. Sebab mak kau cakap bagi kau kerja je, saya bagi kau kerja,” ujarnya.

Sebelum rakaman berakhir, suami itu sempat menyatakan bahawa keluarga mereka tidak akan susah jika isterinya tidak bekerja, tetapi keadaan sebaliknya akan berlaku jika dia berhenti bekerja.

“Engkau kalau takde kerja, takde siapa yang susah. Saya kalau tak kerja, semua orang susah. Tu kau kena fikir,” katanya.

Netizen Berpihak kepada Si Suami
Di ruangan komen, ramai netizen bersimpati dan berpendapat lelaki itu telah lama memendam perasaan. Mereka juga mengkritik tindakan si isteri yang merakam suaminya dalam keadaan marah, sedangkan dia sepatutnya meminta maaf.

“Suami dah penat kerja, balik rumah tengok bersepah, memang akan rasa kecewa. Isteri patut faham situasi suami,” komen seorang pengguna.

“Kalau dah tahu tak mampu nak bahagikan masa antara kerja dan rumah tangga, jangan degil. Suami dah pesan awal-awal,” tambah seorang lagi.

Insiden ini mengingatkan pentingnya komunikasi dan kerjasama dalam rumah tangga, supaya kedua-dua pihak dapat saling menghargai usaha masing-masing.

Kesian dengar luahan suami, isteri rakam nak bagi satu dunia tengok dikecam netizen Kesian dengar luahan suami, isteri rakam nak bagi satu dunia tengok dikecam netizen

Baca Juga:
Air laut terbelah dua di Kota Bharu, Kelantan
Dah 3 kali bah, rumah Pokwe tetap ‘terapung’ raih pujian netizen
Petua lembutkan daging liat yang betul, cara nombor 5 paling popular!