Kes buli siber ‘influencer’ Esha, pembantu rumah jagaan orang tua didenda RM100

Photo of author

By Syima Iza

Seorang pembantu rumah jagaan orang tua mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat yang bertujuan membangkitkan kemarahan berhubung kes buli siber terhadap pempengaruh media sosial Rajeswary Appahu, atau dikenali sebagai Esha, di aplikasi TikTok.

Majistret Arunjothy M Selvarwam mengenakan denda RM100 terhadap P. Shalini, 35 tahun.

Mengikut pertuduhan, Shalini didakwa atas pertuduhan dengan sengaja mengeluarkan kata-kata kesat melalui akaun TikTok alphaquinnsha dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan. Kesalahan itu dilakukan pada 1 Julai lalu kira-kira jam 4.10 pagi di Sentul.

Kes buli siber 'influencer' Esha, pembantu rumah jagaan orang tua didenda RM100

Tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Pada 5 Julai, pempengaruh berusia 30 tahun itu ditemui meninggal dunia, sehari selepas membuat laporan polis berhubung ugutan jenayah dan fitnah terhadap dirinya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan seramai 11 saksi termasuk ahli keluarga mangsa telah selesai dirakam percakapan bagi melengkapkan kertas siasatan polis dalam kes tersebut.

Video

Baca Juga:
Kecoh suara perempuan nyanyi lagu Jawa setiap malam jumaat dalam pejabat ketua kampung
Budak jumpa telur dinosour di taman permainan, pakar sahkan telur berusia 66 juta tahun
Pemandu e-hailing hilang selepas maklum hantar pelanggan ke Teluk Intan