Keropok kering tokek haram dimakan umat Islam

Photo of author

By Syima Iza

Keropok kering tokek haram dimakan umat Islam. Keropok kering tokek adalah inovasi makanan terbaharu yang kini tular di media sosial selain turut dijadikan lauk dan dimakan bersama nasi.

Ilmuan agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerui portal Maktabah Al-Bakri menjelaskan, tokek yang juga nama sejenis cicak adalah haram untuk dimakan.

Menurutnya, berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan para ulama, beliau berpendapat bahawa cicak termasuk dalam jenis haiwan yang haram untuk dimakan sebagaimana pendapat jumhur ulama.

Keropok kering tokek haram dimakan umat Islam

“Haiwan itu dianggap jijik dan cicak termasuk dalam jenis haiwan perosak yang diperintahkan untuk dibunuh, lebih-lebih lagi Islam menganjurkan umatnya untuk memakan makanan yang halal lagi baik,” katanya.

Katanya, ulama berselisih pendapat mengenai hukum memakan haiwan itu dimana Imam al-Nawawi dan Abu Ishal al-Syirazi berpendapat tokek atau cicak haram dimakan kerana ia termasuk dalam haiwan yang harus dibunuh.

Selain itu, Zulkifli berkata, pendapat kedua pula menyatakan cicak itu halal dimakan sebagaimana pendapat Imam Malik yang mana turut mensyaratkan ular halal dimakan jika selamat daripada racun atau bisanya.

Sebelum ini, keropok tokek kering yang difahamakan keluaran negara jiran Indonesia, turut dipasarkan menerusi portal beli belah atas talian dan dijual pada harga sekitar RM38 sepaket.

Baca Lagi:
Wanita ini kongsi kisah sedih dituduh suami seperti pelacur’ dan ‘bohsia’
Anak, bapa jumpa peti besi berisi wang tunai hampir RM8,000 dalam tasik
Suami kantoi buat ‘projek’ dengan mak mertua, isteri sendiri nampak masa bangun bancuh susu anak