Kereta terbabas ketika perlumbaan di Litar Dato’ Sagor, penonton maut kena rempuh. Seorang lelaki maut selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas ketika perlumbaan di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah di sini petang tadi.
Rakaman kejadian itu tular dalam media sosial dengan memaparkan dua buah kereta yang sedang berlumba bergesel hingga menyebabkan salah sebuah kereta berkenaan terbabas ke tepi litar.
Kejadian itu menyebabkan beberapa individu yang berada di tepi litar segera lari menyelamatkan diri namun mangsa parah akibat rempuhan berkenaan.
Setakat ini identiti mangsa belum diperoleh dan difahamkan mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang dan disahkan meninggal dunia.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Barudin Wariso ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Innalillahiwainnailaihirojiun
Insiden di Litar Dato’ Sagor, Perak. Sumber dari kawan2 group wasap,Salam Takziah buat ahli keluarga Amir ‘Rota Kuning’
Semoga arwah diletakkan dikalangan mereka yang beriman. pic.twitter.com/Np0JanwBiB— nan manjoi8715 (@nanmanjoi8715) December 31, 2022