Kereta Saga, Kancil ‘parking’ atas bumbung rumah di Kedah buat netizen rasa pelik

Photo of author

By Syima Iza

Kereta Saga, Kancil ‘parking’ atas bumbung rumah di Kedah buat netizen rasa pelik.

Tular di media sosial TikTok mengenai sebuah video yang menunjukkan dua kenderaan diletakkan di atas bumbung sebuah rumah kampung di Kedah.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @anaksulong33, kedua-dua kereta tersebut dipercayai merupakan Proton Saga generasi pertama dan Perodua Kancil model lampu petak.

Kereta Saga, Kancil 'parking' atas bumbung rumah di Kedah buat netizen rasa pelik

Perkongsian video itu telah menarik perhatian ramai, di mana rata-rata netizen merasa bingung dan tertanya-tanya tentang tujuan serta bagaimana tuan rumah meletakkan dua kenderaan tersebut di atas bumbung.

Dari jauh, rumah berkenaan menjadi tarikan kepada sesiapa sahaja yang melalui kawasan perumahan di Kampung Matang Paku, Ayer Hitam.
Dakwa pemilik video, kedua-dua buah kenderaan yang diletakkan di atas bumbung itu hanya menggunakan tangga oleh empat individu sahaja. Pun begitu, bagaimana cara mereka mengangkatnya tidak diketahui.

Selain itu, tidak diberitahu juga sebab mengapa tuan rumah terbabit meletakkan kedua-dua kereta di atas bumbung rumahnya, sama ada untuk perhiasan atau sebaliknya.

@anaksulong33 Santai kawan😂 #fypシ #fypシviralシ2024 ♬ suara asli – penjahatmemee

Kereta Saga, Kancil 'parking' atas bumbung rumah di Kedah buat netizen rasa pelik

Kereta Saga, Kancil 'parking' atas bumbung rumah di Kedah buat netizen rasa pelik

Ada pengguna yang mendakwa, tujuan tuan rumah berbuat demikian sebagai pameran untuk kenduri pada hujung minggu nanti.

Dalam pada itu, netizen sempat berseloroh dengan mendakwa tuan rumah sedang bersedia untuk menghadapi banjir akan datang.

Min teringat pula cerita P. Ramlee motosikal tersangkut atas bumbung…

Baca Lagi
Lelaki ini kongsi 3 tips padu untuk jimat duit ketika travel
“Terlalu Padu!”- Warganet tergamam lihat sambutan bunga api hari Deepavali di Kuala Lumpur
“Tanda Dah Semakin Dekat”- Arab Saudi rasmi projek pembinaan bangunan terbesar di dunia