“Kereta putih boleh jadi oren” – Pengguna jalan raya kongsi keadaan terkini jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

Photo of author

By Syima Iza

“Kereta putih boleh jadi oren” – Pengguna jalan raya kongsi keadaan terkini jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Baru-baru ini, sebuah video tular yang memaparkan keadaan terkini Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.

Jalan ini sememangnya merupakan laluan utama bagi pengunjung yang ingin menikmati keindahan alam di Cameron Highlands.

"Kereta putih boleh jadi oren" - Pengguna jalan raya kongsi keadaan terkini jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

Namun, keadaan jalan yang dikongsi dalam video tersebut mungkin membuatkan ramai orang mempertimbangkan semula perjalanan mereka demi keselamatan.

Dalam video berkenaan, kelihatan kawasan jalan yang dipenuhi tanah lumpur berwarna oren, yang mengalir dari kawasan bukit berhampiran.
Bukan itu sahaja, limpahan air dari bukit juga menjadikan jalan licin, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya.

Keadaan ini jelas menjejaskan kelancaran trafik dan menambah kemungkinan berlakunya kemalangan.

Susulan perkongsian video ini, ruangan komen dibanjiri dengan pelbagai reaksi daripada warga maya.

Ramai yang menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati atau mengelakkan laluan ini buat sementara waktu.

“Tutup je, jangan bagi lalu lagi. Nanti tak pasal-pasal ‘suka’ bertukar ‘duka’,”

“Bila dah tahu keadaan macam ni, baik jangan pergi. Ingat keselamatan keluarga dan anak-anak,”

“Possibility tayar tergelincir sangat tinggi, jadi lebih baik jangan ambil risiko,”

Ramai juga yang mengucapkan terima kasih kepada perakam video kerana berkongsi maklumat tersebut.

Bagi mereka, maklumat ini sangat membantu, terutama bagi yang merancang untuk ke Cameron Highlands dalam masa terdekat.

Laluan ini sebelum ini telah ditutup akibat tanah runtuh dan dijangka akan dibuka semula tidak lama lagi.

Untuk makluman, laluan ini telah ditutup sepenuhnya pada Oktober lalu selepas berlakunya kejadian tanah runtuh yang membahayakan pengguna jalan raya.

Langkah penutupan ini diambil oleh pihak berkuasa sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan risiko kemalangan yang lebih serius.

Jabatan Kerja Raya (JKR) kini sedang giat menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan serta menstabilkan kawasan bukit yang terjejas.

Menurut JKR, laluan ini dijangka dibuka semula pada 25 November selepas semua kerja pembersihan selesai.

Walaupun laluan ini dijangka dibuka tidak lama lagi, pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan memantau perkembangan terkini daripada pihak berkuasa.

Keselamatan perlu menjadi keutamaan, dan langkah berjaga-jaga sangat penting bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

Baca Lagi:
Wanita naik motosikal bawa bayi 8 bulan sejauh 450 kilometer undang sebak
‘Cahaya hantu’ muncul di jambatan sejak 6 dekad lalu masih belum terungkai
Ini respon Cik Epal selepas tawaran kerja dengan gaji RM1,700 dari Pak Mat Western