Kereta mewah Choii dilelong sebab tak bayar hampir 3 bulan, ini penjelasan tuan badan.
Pempengaruh media sosial, Choii, mengakui bahawa kereta Mercedes Benz miliknya telah ditarik, seperti yang tular di media sosial sejak semalam, sehingga menarik perhatian ramai.
Choii, atau nama sebenar Faris Azri, tampil memberi penjelasan berhubung hantaran tular yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook mengenai status kereta mewah tersebut.
Faris mengakui bahawa kereta tersebut memang ditarik dan akan dilelong, seperti yang dinyatakan dalam hantaran tersebut. Namun, semuanya berpunca daripada masalah yang timbul ketika pembayaran kenderaan tersebut dilakukan kerana akaun syarikatnya telah disekat oleh pihak bank disebabkan disyaki terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.
“Sebenarnya, memang kereta ini dah nak dilelong pun, saya tak suka nak putar cerita, saya cerita terus terang. Kereta saya yang lain semua saya bayar ‘cash’, kecuali kereta ini (Mercedes Benz A200) dan Toyota Alphard.
Sekarang ini akaun syarikat saya kena ‘suspended’ sebab duit masuk dari Singapura, pihak bank cuba hubungi saya tapi saya tak angkat sebab saya ada event. Bila saya tak jawab, bank ingat itu ‘money laundering’, jadi mereka sekat akaun saya,” jelasnya.
Rayuan dibuat tetapi ambil masa enam bulan
@farisazrii_betul ke kereta choii kena lelong ?
Faris menambah bahawa dia telah membuat rayuan kepada pihak bank berkenaan sekatan terhadap akaun syarikatnya, namun proses tersebut mengambil masa kira-kira enam bulan.
Namun begitu, dalam tempoh rayuan itu, dia terlupa mengenai bayaran ansuran kenderaannya kerana sebelum ini bayaran dilakukan secara auto debit.
“Jadi setiap bulan kita tak fikir pasal kereta, kita buat tak tahu sahaja sebab kita tahu bayaran akan dipotong secara automatik setiap bulan,” tambahnya.
Faris juga menyatakan bahawa dia telah menyelesaikan tunggakan tersebut dan kini telah mengambil semula kereta Mercedes Benz milik isterinya itu.