Kereta Ketua Menteri Melaka nyaris dihempap pokok tumbang di Jalan Pinang

Kereta Ketua Menteri Melaka nyaris dihempap pokok tumbang di Jalan Pinang

Kejadian pokok tumbang di Jalan Pinang berhadapan dengan Kuwait Bank petang tadi hampir menimpa kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Namun, beliau dan kenderaan jenis Lexus 350 yang dipandunya selamat dari kejadian tersebut.

Menurut Pegawai Media Ab. Rauf, Shahnor Samsudin, semasa kejadian itu, rombongan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara sedang melalui kawasan tersebut untuk menghadiri urusan rasmi di ibu kota.

Kereta Ketua Menteri Melaka nyaris dihempap pokok tumbang di Jalan Pinang

“Rombongan kami (Ketua Menteri) yang terdiri daripada empat kenderaan baru sahaja tiba dari Melaka. Kejadian pokok tumbang itu betul-betul berlaku di hadapan mata kami. Hanya selang satu kereta.

“Kereta Ketua Menteri terselamat, tetapi kenderaan pengiring polis jenis Proton X70 yang berada di hadapan terjejas dalam kejadian pokok tumbang tersebut.

“Anggota keselamatan dalam kenderaan selamat, hanya cermin belakang kenderaan pengiring yang pecah. Bahagian belakang Proton X70 turut mengalami kemekan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambah Shahnor, sebelum kejadian, dia bersama pegawai yang berada di dalam kenderaan terdengar bunyi kuat seakan-akan objek akan tumbang.

“Kebetulan semasa kejadian saya dan pegawai sedang berbual tentang pokok tumbang kerana pada masa itu hujan lebat.

“Dalam sekelip mata, kejadian itu benar-benar berlaku di depan mata kami (pokok tumbang) menimpa sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire berwarna merah yang berada di depan kami.

“Pada mulanya kami panik kerana fikir kenderaan (yang terkena) Ketua Menteri, tetapi Alhamdulillah beliau selamat. Kami juga selamat,” katanya.

Baca Juga:
Aliff Syukri buat keputusan berhenti daripada dunia nyanyian
Pesakit hidup pertama terima buah pinggang babi diubah suai, meninggal dunia
JHEAIK minta waris tampil selepas tular solat jenazah di masjid di caj RM1,000
CATEGORIES