Kereta kabel dipanah petir, 30 pelancong nyaris terbunuh

Photo of author

By Syima Iza

Kereta kabel dipanah petir, 30 pelancong nyaris terbunuh.

Kira-kira 30 pelancong nyaris terbunuh selepas kereta kabel yang dinaiki mereka mengalami masalah teknikal akibat dipanah petir, lapor akhbar Daily Mirror.

Kejadian berlaku di kawasan kereta kabel Freccia nel Cielo, sebuah gondola yang merentasi banjaran Gunung Tofane di utara Itali.

Kereta kabel dipanah petir, 30 pelancong nyaris terbunuh

Panahan petir itu menyebabkan kereta kabel mengalami kerosakan teknikal dan meletupkan fius.

Menurut pihak berkuasa, kesemua mangsa terkandas pada ketinggian 3,244 meter ketika kereta kabel itu memulakan perjalanan dari stesen, sekitar pukul 4 petang (waktu tempatan).

Pengurus syarikat kereta kabel, Roberto Rimoldi berkata: “Kesan yang dirasai oleh penumpang mungkin disebabkan oleh penyerap hentakan”.

Kejadian itu berakhir kira-kira pukul 8 malam (waktu tempatan) apabila mangsa berjaya diturunkan.

Baca Juga:
Tiga pelajar perempuan jadi jutawan segera selepas beli sofa terpakai
Lelaki jadi jutawan sekelip mata lepas jumpa syiling emas pertama England
Puteri Sarah Liyana mahu cari cinta baharu, harap dipertemukan jodoh