Kereta Jaguar XK150 terbiar di belakang reban ayam selama 25 tahun berharga RM576,000

Kereta Jaguar XK150 terbiar di belakang reban ayam selama 25 tahun berharga RM576,000

Kereta Jaguar XK150 terbiar di belakang reban ayam selama 25 tahun berharga RM576,000.

Sebuah kereta jenama Jaguar keluaran 1958 yang diselaputi karat selepas terbiar selama 25 tahun di belakang sebuah reban ayam dijangka dapat dijual pada harga £100,000 (RM576,267), lapor akhbar The Sun semalam.

Kereta model Jaguar XK150 drophead coupe tersebut adalah milik seorang petani yang membelinya untuk projek baik pulih sekitar 30 tahun lalu.

Kereta Jaguar XK150 terbiar di belakang reban ayam selama 25 tahun berharga RM576,000

Namun, kereta vintaj itu terbiar di belakang sebuah reban ayam selama suku abad sehingga dipenuhi karat dan debu, tempat duduk terkoyak serta cat yang sudah lekang.

Nilai kenderaan tersebut ketika ini dianggarkan mencecah £40,000 (RM230,541), namun ia diramal meningkat kepada lebih £100,000 (RM576,267) sekiranya dibaik pulih.

“Kami menerima banyak permintaan bagi kereta ini.

“Ia mengimbas kembali era semasa kejuruteraan British berada di kemuncak industri dan kereta Jaguar menjadi rebutan ramai,” kata pelelong daripada Humbert & Ellis Auctioneers, Jonathan Humbert.

Baca Lagi:
Influencer dedah rumahtangga bergolak kerana sihir, ustaz nampak ‘sesuatu’ pada suami
Keluarga cemas kereta dibelit ular sawa ketika memandu, suami terus masuk balai bomba minta bantuan
Sajat nafi pegang cawan minuman keras di konsert terbuka Australia, sifatkan netizen sebagai penyibuk dan ‘banyak mulut’
CATEGORIES