Kerbau paling mahal di dunia, harga cecah RM2.3 juta

Photo of author

By Syima Iza

Kerbau paling mahal di dunia, harga cecah RM2.3 juta.

Sungguh unik dan luar biasa!

Itulah kisah seekor kerbau albino dari wilayah Phetchaburi, tengah Thailand, yang dijual pada harga luar biasa 18 juta baht (RM2.3 juta).

Kerbau paling mahal di dunia, harga cecah RM2.3 juta

Kerbau gergasi milik seorang penternak, Damrongsak Morakot, yang diberi nama Ko Muang Phet, mempunyai ketinggian 180 sentimeter, iaitu kira-kira lima kaki sembilan inci. Haiwan ini dibeli oleh pihak pengurusan Ladang Ternak Wanasuwan di Chiang Rai semasa Festival Kerbau Uthai Thani ke-12.

Ko Muang Phet bukan sahaja menarik perhatian kerana saiz dan keindahannya yang luar biasa, tetapi juga kerana pernah muncul dalam drama popular Mon Rak Luk Thung. Penampilan ini menjadikannya ikon terkenal di luar kandang ternakan.

Dengan ciri-ciri fizikal yang sangat besar dan kecantikan luar biasa, Ko Muang Phet dianggap sebagai satu keajaiban genetik. Menariknya, kerbau ini mempunyai peluang 90 peratus untuk mewariskan ciri albinonya kepada zuriatnya, satu sifat yang jarang ditemui di Thailand.

Baca Juga:
Pelabur hartanah beri penjelasan kenapa rumah usang di Taman Melawati bernilai RM2.5 juta
Padah hina bendera Malaysia, IG pemain E-Sport Amerika Syarikat diserang netizen
Ribuan ulat bulu hitam terbang di udara bikin penduduk risau