Keras betul hati Bezza! Lebih 28 unit peronda polis kejar Perodua Bezza dari PJ sampai ke Cyberjaya

Photo of author

By Syima Iza

Keras betul hati Bezza! Lebih 28 unit peronda polis kejar Perodua Bezza dari PJ sampai ke Cyberjaya.

Lelaki dan wanita ditahan polis, manakala dua lagi lelaki melarikan selepas Perodua Bezza dinaiki mereka dikejar 28 unit peronda polis (MPV) sehingga ke Cyberjaya, semalam.

Sebelum itu, polis mengejar kenderaan berkenaan dari Petaling Jaya.

Keras betul hati Bezza! Lebih 28 unit peronda polis kejar Perodua Bezza dari PJ sampai ke Cyberjaya

Difahamkan, sebelum kejadian, Perodua Bezza dinaiki tiga lelaki dan seorang wanita dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum polis yang membuat rondaan cuba menahan mereka.

Bagaimana, suspek memecut kenderaan itu sebelum polis mengejar mereka.

Ketika proses menahan suspek, dua lelaki berjaya melompat keluar dan melarikan diri, sementara lelaki dan wanita itu berjaya ditahan.

Pemeriksaan lanjut menemui peralatan pecah rumah di dalam kereta itu.

Sebanyak 18 kenderaan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya dan 10 dari lain-lain daerah jiran terbabit dalam kejadian ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan kejadian itu dan penahanan suspek.

“Kita akan keluarkan kenyataan media berkaitan kes ini,” katanya.

Baca Lagi:
Kafe paling unik! direka dengan bentuk seperti serangga belalang, siap ada sesungut dan mata lagi
Bapa tak boleh jadi wali, sebab mak dengan bapa tak pernah berkahwin, berzina sampai 6 orang anak!
Isteri tarik mayat suami 200 meter ke darat selepas perahu dinaiki terbalik