Kerap guna aircond tapi bil elektrik kekal rendah, ini rahsia yang masih ramai tak tahu.
Kebanyakkan kediaman masa kini mempunyai penyaman udara.
Jika dahulu, ia melambangkan kemewahan seseorang, tetapi kini ia menjadi satu keperluan disebabkan perubahan iklim yang panas melampau.
Situasi ini menyebabkan ramai yang terbeban dengan bil elektrik yang melambung dan buntu mencari penyelesaian bagi mengelakkan tunggakan bayaran.
Bagi anda yang mengalami situasi yang sama, apa kata cuba beberapa teknik penjimatan yang dikongsikan oleh Jessame Abejaron berdasarkan pengalaman penggunaannya sendiri.
1. Tetapkan mod dehumidifier (dry mode)
Kaedah ini dapat membantu mengekalkan kelembapan bilik antara 50 hingga 60 peratus.
Pada alat kawalan jauh, tetapkan suhu kepada 26 darjah Celsius, tetapi anda akan mendapati suhu bilik yang sebenar adalah sekitar 24.3 darjah Celsius dengan kelembapan 47 peratus.
Kebiasaannya, kelembapan bilik adalah sekitar 70 peratus, menunjukkan penyaman udara berfungsi dengan baik dan sesuai untuk suhu bilik.
Anda juga dinasihatkan untuk tidak menetapkan alat kawalan jauh kepada 16 darjah Celsius kerana keadaan cuaca hanya membolehkan suhu sekitar 19 darjah Celsius sahaja.
Keadaan ini akan menyebabkan kompresor terus berfungsi, seterusnya mengakibatkan lonjakan penggunaan dan kos elektrik.
2. Elakkan penetapan menggunakan mod penyejukan (cool mode)
Untuk menjimatkan tenaga, tetapkan alat kawalan jauh ke mod dehumidifier dan tetapkan suhu kepada 24 darjah celsius atau 25 darjah celsius.
Sekiranya masih berasa tidak selesa, anda boleh menetapkan alat kawalan jauh kepada 22 darjah celsius dalam mod penyejukan dan kemudian bertukar kepada mod dehumidifier.
Mod dehumidifier boleh menjimatkan kira-kira 50 peratus daripada elektrik berbanding mod penyejukan kerana kompresor beroperasi pada frekuensi yang lebih rendah.
Untuk rujukan, disertakan anggaran kos elektrik sejam untuk penyaman udara:
1 HP (900 watt): 20 sen sejam
1.5 HP (1.2 kw): 30 sen sejam
2 HP (1.9 kw): 40 sen sejam
2.5 HP (2 kw): 50 sen sejam