Kerap caj telefon kereta boleh menyebabkan bateri kereta cepat ‘kong’

Photo of author

By Syima Iza

Kerap caj telefon kereta boleh menyebabkan bateri kereta cepat ‘kong’.

Pernah tak anda berada dalam situasi yang sangat memeningkan di mana bateri telefon habis tengah-tengah perjalanan jauh?

Lebih-lebih lagi kalau pada masa itu powerbank pun terlupa nak bawa, dan anda pula sangat perlukan telefon untuk guna Waze. Memang rasa stres, kan? Sebab sekarang ini telefon sudah menjadi barangan wajib ada, terutama sekali ketika dalam perjalanan.

Kerap caj telefon kereta boleh menyebabkan bateri kereta cepat 'kong'

Kalau dah terdesak, pilihan terakhir yang boleh dibuat adalah mengecas telefon menggunakan USB port yang ada dalam kereta. Memang boleh buat sekali-sekala, tapi korang tahu tak, kalau jadikan ini kebiasaan, ia boleh membawa risiko yang merosakkan kereta dan juga telefon bimbit korang?

Hari ini, kami nak kongsikan tiga risiko utama yang boleh berlaku apabila kita cas telefon guna USB port kereta, seperti yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @altimatsaujana.

1. Bateri kereta cepat habis

Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi kalau anda kerap cas telefon dalam kereta tanpa menghidupkan enjin, ia boleh menyebabkan bateri kereta anda ‘kong’. Kenapa? Sebab arus elektrik akan terus ditarik daripada bateri kereta untuk mengecas telefon.

Jika dilakukan berulang kali, bateri kereta akan menjadi semakin lemah dan lama-kelamaan ia tidak lagi berfungsi dengan baik.

2. Port pengecasan rosak

Setiap kali anda sambungkan kabel USB untuk cas telefon, perbuatan mencabut dan memasang kabel ini boleh menyebabkan port pengecasan dalam kereta menjadi longgar. Lama kelamaan, arus elektrik tidak dapat dihantar dengan sempurna ke telefon.

Port yang rosak ini juga boleh menyebabkan masalah lain seperti telefon yang tidak dapat dicas dengan betul, atau mungkin tiada arus elektrik langsung masuk ke dalam telefon.

3. Telefon rosak

Masalah lain yang biasa berlaku ialah telefon menjadi panas semasa pengecasan. Ini biasanya berlaku apabila telefon ‘overcharge’, atau jika kita terus menggunakan telefon untuk bermain permainan, menonton video, atau membuat panggilan video semasa sedang mengecas.

Lebih parah lagi kalau kita guna adapter pengecas yang salah, kerana telefon biasanya memerlukan pengecas 5V, tetapi banyak port dalam kereta menggunakan 12V.

Walaupun kerosakan ini tidak berlaku serta-merta, ia akan merosakkan telefon secara perlahan, bermula dengan ‘kesihatan’ bateri yang semakin merosot.

Selain itu, ada risiko lain yang boleh mengancam keselamatan anda dan penumpang dalam kereta.

Apabila telefon menjadi panas semasa pengecasan, ia boleh menyebabkan gangguan dalam sistem elektrik kereta atau masalah keselamatan lain yang boleh mengganggu perjalanan.

@altimatsaujana Kerap cas telefon dalam kereta ?! Kereta boleh rosak !! #bengkel #bengkelrepairkereta #bengkelkereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelkeretasungaibuloh #aircond #automotif #automotivemalaysia #bengkelmalaysia #otomotif #bengkelservicekereta #bengkelserviceaircondkereta #airconditioner #aircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #automotive #automotifmalaysia ♬ original sound – Altimat Saujana Utama

Jadi, penggunaan pengecas telefon dalam kereta sebenarnya tidak boleh diambil ringan. Ia perlu dilihat sebagai langkah terakhir, hanya digunakan apabila terdesak dan tiada pilihan lain.

Jika boleh, cuba bawa power bank sebagai persediaan atau cas telefon sebelum memulakan perjalanan.

Ingat, walaupun nampak remeh, kebiasaan mengecas telefon dalam kereta boleh mendatangkan masalah jangka panjang pada kereta, telefon, dan keselamatan anda.

Jadi, ‘lebih baik mencegah daripada mengubati’. Semoga bermanfaat.

Baca Lagi:
Owner gedung butik menyamar jadi pelanggan test pekerja baru, tak sangka ini yang terjadi
“Bertuah Jadi Rakyat Malaysia”- Warga Indonesia cemburu dengan pasport Malaysia, ini sebabnya
Kakitangan kontrak KKM dapat ‘Durian Runtuh’