Kerajaan umum tol percuma 2 hari bermula jumaat

Photo of author

By Syima Iza

Kerajaan umum tol percuma 2 hari bermula jumaat. Kerajaan mengambil inisiatif mengurangkan beban rakyat untuk pulang ke kampung halaman sempena sambutan Tahun Baharu Cina dengan menawarkan tol percuma pada 20 dan 21 Januari depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diputuskan selepas Menteri Pengangkutan dan Menteri Kerja Raya mengambil inisiatif berbincang dengan syarikat konsesi lebuh raya terlibat.

Kerajaan umum tol percuma 2 hari bermula jumaat

“Pertama berita baik, Selamat Tahun Baharu Cina, jadi untuk itu, Menteri Kerja Raya dan Menteri Pengangkutan telah ambil inisiatif berbincang dengan syarikat konsesi dan bersetuju untuk tiada bayaran tol pada 20 dan 21 Januari,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra di sini tadi.

Baca Lagi:
Warga emas berputih mata rugi RM140,000 di tipu ‘Puan Rohani’
Lelaki nyaris maut, besi panjang terbang tembus cermin masa memandu
Peserta lumba lari wanita pecut laju mengalahkan ‘Usain Bolt’ selepas kena kejar dengan anjing