Kerajaan lancar ‘Beras Putih Malaysia Madani’, harga siling RM30

Kerajaan lancar ‘Beras Putih Malaysia Madani’, harga siling RM30

Kerajaan lancar ‘Beras Putih Malaysia Madani’, harga siling RM30.

Kerajaan akan memperkenalkan ‘Beras Putih Malaysia Madani’ bagi menggantikan beras putih import dan beras putih tempatan, dengan harga siling RM30.

Pengerusi Task Force Makanan, National Action Council on Cost of Living (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abu Fasal, berkata harga baharu itu akan mula berkuatkuasa pada 19 Februari ini.

Kerajaan lancar 'Beras Putih Malaysia Madani', harga siling RM30

“Kita letakkan satu harga siling dan tidak ada harga lain selain daripada harga yang kita bincangkan dan kita namakan beras ini Beras Putih Malaysia Madani, dengan hanya satu harga, tidak ada lagi beras putih tempatan dan beras putih import.

“Dengan cara itu maka tidak boleh berlaku manipulasi ataupun ‘repack’ kepada jenama yang lebih mahal.

“Ini memberi ruang selama 18 tahun harga beras tak naik dan ini juga memberi peluang kepada petani serta pesawah lebih selesa dengan harga siling beras dengan mereka boleh mendapat minimum lantai sebanyak RM1300, dan industri juga boleh bertahan dengan harga RM 30 dalam 10 kilogram,” katanya dalam sidang media di Puchong, petang tadi.

Ujarnya lagi, selain pembungkusan 10 kilogram, rakyat juga boleh mendapatkan beras 5 kilogram pada harga RM15.50, manakala RM3.50 untuk sekampit beras sekilogram.

Bagaimanapun untuk memberi penyesuaian harga kepada industri dan pasaran, penguatkuasaan harga secara menyeluruh bermula pada 1 Mac depan.

“Tempoh itulah untuk buat ‘adjustment’, kita bagi peluang sampai 1 haribulan, kalau saya kata tarikh 19 haribulan tu berkuatkuasa sepenuhnya, maknanya kita tak adil kepada industri,” katanya.

Baca Juga:
Suami ‘kantoi’ jalin kasih dengan anak tiri di TikTok, mesej ajak tidur di hotel
Cara simpan sayur supaya tahan lama guna teknik ‘FROZEN’, boleh tahan sampai 6 bulan
Kakitangan hospital terkejut lelaki bonceng datuk terus masuk wad kecemasan
CATEGORIES