‘Kepala je yang keluar’- Kanak-kanak lelaki tersepit dalam kubur. Seorang kanak-kanak mengalami detik cemas apabila tersepit di dalam lubang kubur akibat terjatuh ketika bermain, lapor laman berita Viva hari ini.
Berdasarkan keterangan video yang dimuat naik di laman Instagram, kejadian itu dikatakan berlaku di Pamekasan, wilayah Jawa Timur.
Dalam video tersebut, beberapa orang dewasa dilihat cuba menenangkan kanak-kanak lelaki yang panik itu. Ada di antara mereka yang memegang kepala budak tersebut untuk mengeluarkannya dari binaan batu kubur yang mempunyai lubang itu.
Menurut keterangan, kanak-kanak berkenaan sedang bermain di kawasan perkuburan itu ketika orang ramai sedang bergotong-royong membersihkan lokasi tersebut.
Setakat ini, tidak dijelaskan bagaimana dia boleh terjatuh ke dalam kubur itu dan bagaimana dia dikeluarkan.
“Kanak-kanak memang begitu. Kalau bermain tidak fikir bahaya atau tidak. Masuk ke dalam lubang sempit sehingga tidak boleh keluar,” kata seorang netizen dalam ruangan komen.
@radarjabar.id Video ini menampilkan kejadian mengejutkan di sebuah pemakaman, di mana seorang bocah kecil terlihat tersangkut di sebuah makam. Dalam video ini, kami menunjukkan bagaimana insiden tersebut terjadi, reaksi orang-orang di sekitar, dan langkah-langkah yang diambil untuk membebaskan anak tersebut. Saksikan momen dramatis ini dan temukan penjelasan di balik kejadian tak terduga ini. #radarjabar #bocah #bocahviral #viral #fyp ♬ suara asli – Radar Jabar ID