Kepala bayi terputus, tertinggal di dalam rahim ketika bersalin

Photo of author

By Syima Iza

Seorang ibu muda bernama Mukarromah dari Desa Panpajung, Bangkalan, Indonesia berdepan dengan pengalaman ngeri apabila kepala bayinya terputus dan tertinggal di dalam rahim, dipercayai gara-gara kecuaian jururawat di pusat kesihatan.

Berkongsi kisah tersebut, wanita berusia 25 tahun itu berkata, dia yang sudah mempunyai tanda-tanda mahu bersalin pada mulanya dimaklumkan oleh bidan bahawa kedudukan bayinya songsang.

Dia kemudian pergi ke Pusat Kesihatan Masyarakat pada 4 Mac lalu bagi meminta surat rujukan untuk bersalin di hospital.

Kepala bayi terputus, tertinggal di dalam rahim ketika bersalin

Bagaimanapun dakwa wanita itu, biarpun sudah diberitahu keadaan bayinya kepada jururawat, dia dibiarkan menunggu agak lama di pusat kesihatan berkenaan.

Apabila diperiksa, dia diminta untuk melahirkan bayinya di pusat kesihatan berkenaan memandangkan bukaan sudah sekitar 4 sentimeter (cm).

“Saya diminta teran, kemudian diberi suntikan, dipaksa meneran walaupun saya tak tahan… akhirnya kepala bayi terputus dan tertinggal di dalam (rahim),” katanya.

Mukaromah kemudian dikejarkan ke Hospital Ibu dan Anak (RSIA) Glamour Husada, Bangkalan untuk melakukan pembedahan membuang kepala bayi yang tertinggal dalam rahimnya.

Baca Juga:
IG Ruhainies diserang netizen, dituduh ‘penyondol’
Wanita warga emas meninggal dunia ketika solat dalam keadaan sujud jadi bualan ramai
‘Bila kita ke Tanah Suci fokuslah betul-betul, tak perlu sibuk nak buat konten’