Kepada isteri jangan terlalu garang, punca suami lafaz cerai

Photo of author

By Syima Iza

Kepada isteri jangan terlalu garang, punca suami lafaz cerai. Isteri berubah selepas kahwin. Jika dahulu dialah wanita Melayu terakhir, penuh sopan santun, setiap baris kata tersusun, malah nak mendengar suaranya pun susah kerana sifat malu yang menebal. Tapi entah kenapa, sejak berkahwin dan punya anak, sikapnya mula berubah. Tiada lagi keayuan dan lemah gemalai, yang ada adalah jeritan yang kedengaran sehingga ke hujung taman.

Lelaki, jangan pelik dengan situasi ini.

Dan begitu juga kisah ini di mana si suami membuat permohonan cerai gara-gara isterinya garang, berbeza dengan sifatnya sebelum berkahwin. Malah dia trauma dan takut untuk pulang ke rumah, hatinya lebih tenang apabila keluar bekerja.

Kepada isteri jangan terlalu garang, punca suami lafaz cerai

Ikuti perkongsian Fatizal Radzali akan kes cerai dari pihak mahkamah.

“Hari ni kami dapat kes cerai, permohonan dari pihak suami. Tak tau la nak gelak atau nak kesian dengan suami ni. Tapi rasa macam nak berfikir pun ada, sebab nak tau sangat, apa yang ada di dalam benak hati dia sebenarnya.

Kedua-duanya dalam usia awal 30-an. Ada 2 org anak. Anak pertama berusia 3 tahun, anak kedua berusia 3 bulan.

Si suami nak bercerai sebab isterinya garang, dah tak sama macam masa dia kenal sebelum dan masa mula-mula berkahwin.

Katanya dia memilih isterinya sebab isterinya seorang yang lemah-lembut, tak banyak cakap dan suaranya rendah.

Sejak mengandung anak kedua, isterinya selalu marah-marah. Dan sejak anak kedua itu lahir, isteri masih tak berubah. Selalu marah-marah, jerit kat anak pertama.

Sampai ada masa dia pun terkejut dengan jeritan isterinya. Untuk makluman, lelaki ini seorang yang bersuara perlahan dan lemah lembut.

Dia dah pesan banyak kali, dah tegur banyak kali, isterinya tak berubah. Kalau berubah pun sekejap je. Nanti bila anak buat hal, dia tinggikan suara lagi.

Isterinya adalah suri rumah. Katanya dia lebih tenang bila keluar bekerja. Bila nak balik rumah, hatinya mula rasa takut.

Ya, ayatnya, dia takut dengan isterinya. Ketakutan itu yang membawa kepada pemikirannya untuk bercerai.

Kami dah minta dia hadiri kaunseling di mahkamah, tapi katanya dia dah pergi. Dia macam dah ada trauma dengan isterinya.

Saya tanya, takkan hanya sebab itu nak bercerai. Katanya sebab itu saja. Hmmmmm…. 🤔

Saya nak beritahu kepada para lelaki yang ingin berkahwin di luar sana.

Perempuan ni ada jenis yang masa sebelum kawen, lemah lembut, gemalai, pemalu, suara volume 2/10 saja, tak pernah lebih.

Tapi lepas dia ada anak, dan anak mula lasak, automatik dia akan lebih agresif. Dia berubah mengikut keadaan.

Lihatlah mana-mana wanita yang bergelar ibu kepada sekurang-kurangnya 2 orang anak, dulu masa sebelum berkahwin, dia mesti seorang yang lemah lembut dan mempunyai ciri-ciri wanita solehah. Tapi lepas ada anak, blok sebelah boleh dengar suara dia.

Jangan pelik, ini terjadi kepada semua para ibu. Kerana dia perlu menjaga keluarganya. Dan dia ada keletihannya yang tak sama seperti masa sebelum dia berkahwin.

Pernah dengar askar komando berbisik dengan orang yang diajarnya? Kalau ada, semua askar lembik la jawabnya.

Pernah dengar cikgu bersuara volume 2? Kalau ada, mengantuklah muridnya.

Dia berubah mengikut keperluan. Ini secara semulajadi. Jangan pelik.

Baca Lagi:
Siapa sangka, beli sofa RM80 tapi ada duit tersorok dalam sofa bernilai RM178,898
Orang kita pantang ada konsert, ramai sanggup habiskan duit.. Ulama mula bersuara
Sejak berjaya dalam bisnes online, isteri berubah perangai, asyik berkepit dengan HP 24 jam