Kenapa setiap negeri ada huruf nombor plat yang berbeza? Ini sebabnya

Kenapa setiap negeri ada huruf nombor plat yang berbeza? Ini sebabnya

Kenapa setiap negeri ada huruf nombor plat yang berbeza? Ini sebabnya.

Korang sedar tak, korang boleh tahu negeri pemilik motosikal/kereta hanya dengan tengok huruf didepan je? Contoh; J untuk Johor, K untuk Kedah, M untuk Melaka..

Kenapa setiap negeri ada huruf nombor plat yang berbeza? Ini sebabnya

Gambar hiasan

Tetapi kenapa Kelantan bukan K atau Perak bukan P? Kenapa tiba-tiba KL jadi V pula?

Ini macam mana?

Kenapa setiap negeri ada huruf nombor plat yang berbeza? Ini sebabnya

SEJARAH

Kalau korang nak tahu, orang pertama yang bertanggungjawab membawa masuk kereta ke Tanah Melayu dulu adalah seorang peniaga yang menetap di Perak iaitu Eu Tong Sen pada 1902. Kemudian, makin ramai orang dari Perak yang menggunakan kenderaan selepas satu jalan ke Kinta dibina pada 1914.

Dahulu, kuasa untuk menentukan sistem pendaftaran kenderaan belum ada dan sentiasa berubah-ubah. Jadinya, Ketua Polis negeri Perak ketika itu merasakan huruf PK sesuai digunakan sebagai identiti kenderaan dari Perak.

MACAM MANA BOLEH TUKAR KEPADA ‘A’ PULA?

Selepas Jepun mengaku kalah dan British kembali semula ke Tanah Melayu, mereka memperkenalkan sistem pendaftaran mengikut susunan abjad yang lebih tersusun diseluruh Tanah Melayu pada 1945.

Ia bermula dengan Perak (A) sebagai mengingati kereta pertama yang masuk ke Tanah Melayu serta negeri dengan bilangan pemilik kenderaan paling banyak mendaftar dahulu. Menggunakan prinsip yang sama, negeri dengan abjad seterusnya ialah Selangor (B) diikuti oleh Pahang (C) dan Kelantan (D).

MASA KINI

Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.

A – Perak
B – Selangor
C – Pahang
D – Kelantan
F – Putrajaya (mulai Jun 2016)
J – Johor
K – Kedah
KV – Langkawi
L – Labuan
M – Melaka
N – Negeri Sembilan
P – Pulau Pinang
Q – Sarawak
R – Perlis ( Kerana Pulau Pinang dah menggunakan P)
S – Sabah
T – Terengganu
V – Kuala Lumpur (siri kedua; mulai Julai 2016)
W – Kuala Lumpur (siri pertama)

No photo description available.

Sabah & Sarawak menggunakan dua huruf bagi mewakili daerah masing-masing;

Q – Sarawak

QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman dan Betong
QC: Samarahan
QL: Limbang dan Lawas
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu dan Mukah
QT: Bintulu
S = Sabah (ditukar daripada E)

SA, SAA, SAB, SAC, SY: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS, SSA, SM: Sandakan
ST, STA, SW: Tawau
SU: Keningau

Baca Lagi:
‘Rider’ panjat tingkat lima hantar pesanan dapat tip lumayan dan surat dari pelangan
Iman Troya mahu bagi habuan RM300 kepada pelajar SPM yang dapat result G ke A
Remaja ini digelar manusia burung hantu, mampu pusing kepala sehingga 180 darjah
CATEGORIES