Kenapa perlu pilih Perbankan Islam? Ini 9 kelebihan yang ramai tidak tahu.
Perbankan Islam yang menekankan konsep syariah adalah perkara penting yang melibatkan kaedah, cara dan teknik sesebuah bank berfungsi. Itulah sebabnya kita Majlis Penasihat Syariah di Malaysia. Kita ada di peringkat tertinggi iaitu di Bank Negara Malaysia, di setiap bank pun ada panel penasihat syariah mereka yang tersendiri.
Ini bagi memastikan setiap gerak-geri bank adalah di atas landasan yang digariskan oleh agama Islam. Perbankan Islam akan memastikan keseragaman amalan dan setiap aktiviti kewangan yang dilaksanakan.
Tahukah anda, setiap perkara yang telah ditetapkan oleh hukum Al-Quran mahupun dalil hadis mempunyai kebaikan dan hikmahnya yang tersendiri. Ini termasuklah yang berkaitan dengan sistem perbankan dan kewangan.
Jom kita tengok kelebihan perbankan Islam yang memanfaatkan kita semua berbanding mengamalkan perbankan konvensional.
1. Dividen
Pembahagian dividen atas keuntungan diberikan berdasarkan keuntungan aktiviti jual beli. Sememangnya ia untung dan halal.
2. Dipantau Badan Bertauliah
Setiap saluran dana atau penyerahan dana yang mengikut syariah Islam akan diawasi oleh badan Pengawal Syariah.
3. Aktiviti Halal
Aktiviti yang terlibat adalah jual beli yang halal sahaja.
4. Kadar Purata Hasil Jual Beli
Penentuan kadar purata untuk hasil jual beli akan dibuat pada waktu akad, ia akan ditentukan mengikut keuntungan dan kerugian.
5. Sistem Muamalat
Sistem ini adalah berdasarkan jumlah keuntungan yang diperoleh, kemudian akan dikira kadar purata hasil jual beli.
6. Berlandaskan Syariah
Tidak ada gharar dalam setiap urusan iaitu perkara yang meragukan daripada segi sumber keuntungan setiap pelaburan dan jual beli yang dilakukan.
7. Kesan Ekonomi
Tahukah anda, hampir 40% rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan perbankan Islam. Ini sekaligus turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
8. Wakil Dengan Produk Yang Lengkap
Kini kita ada pengendali takaful dengan modal yang besar dan kukuh, menawarkan servis serta produk Islamik yang amat komprehensif dan lengkap. Tiada lagi alasan untuk masih kekal dengan insurans konvensional.
9. Tanpa Riba
Ramai orang bukan Islam turut memilih perbankan Islam kerana ia lebih mesra pengguna, tidak ada riba dan menggalakkan keadilan sosio-ekonomi.
Meskipun perbankan Islam lebih fokus kepada penggunaan individu, tidak mustahil suatu masa nanti ia lebih cenderung ke arah perdagangan dan perusahaan. Kini ramai yang sudah sedar akan kepentingan dan kelebihan perbankan Islam dalam kehidupan seharian.