Kenapa pelancong Malaysia susah nak masuk Korea? Rupanya ini sebabnya…

Photo of author

By Syima Iza

Kenapa pelancong Malaysia susah nak masuk Korea? Rupanya ini sebabnya….

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sekumpulan pelancong Malaysia yang ditolak masuk ke Korea Selatan walaupun telah melengkapkan semua dokumen termasuk K-ETA (Korea Electronic Travel Authorization).

Menurut perkongsian kes tersebut, pelancong Malaysia dilarang menaiki penerbangan di KLIA walaupun permohonan K-ETA mereka telah diluluskan.

Kenapa pelancong Malaysia susah nak masuk Korea? Rupanya ini sebabnya...

Setibanya mereka di imigresen Korea, dua lagi rakan mereka juga terjejas dengan isu yang sama. Pegawai imigresen didakwa hanya membenarkan kemasukan kepada “orang Korea sahaja”, menyebabkan pelancong dari Asia Tenggara terpaksa pulang.

Yang lebih mengecewakan, ada kes di mana tiket penerbangan pulang terpaksa dibeli semula dengan harga yang sangat tinggi kerana tiada notis awal yang diberikan.

“Yang paling jahat, dia tak beritahu awal tentang tiket penerbangan, tapi kena beli baru dengan harga yang sangat mahal,” jelas seorang pengadu.

Lebih mengejutkan, seramai 25 orang telah dihantar pulang dalam kejadian yang sama.

Rata-rata rakyat Malaysia kini mula mempersoalkan prosedur ketat imigresen Korea terhadap pelancong dari Asia Tenggara.

Menurut laporan di laman sosial, antara sebab utama penolakan adalah kerana pelancong Malaysia memasuki Korea secara DIY (tanpa ejen pelancongan) atau tidak disertai oleh tour guide tempatan.

Difahamkan, imigresen Korea lebih cenderung memberi laluan kepada pelancong yang datang melalui ejen pelancongan rasmi, terutama sekali jika mereka membawa ahli rombongan seperti kanak-kanak atau bayi.

Insiden ini mencetuskan perdebatan hangat di kalangan netizen, dengan ramai mendakwa wujudnya unsur diskriminasi terhadap pelancong dari Asia Tenggara, khususnya Malaysia.

Beberapa komen menyuarakan bahawa rakyat Malaysia dilayan seperti pelarian oleh pegawai imigresen Korea.

“Orang Malaysia je jakun datang Korea ni. Sebenarnya mereka tengok kita macam sampah je,” tulis seorang pengguna media sosial.

Ada juga yang menyarankan agar pelancong mempertimbangkan Jepun sebagai alternatif kerana prosedurnya yang lebih mesra pelancong.

Baca Lagi:
Nak tahu tayar baru atau lama, ini cara mudah baca kod tertera pada tayar
Hanya dicaj RM20, orang ramai berebut dapatkan servis ‘tolong beratur’ di restoran Sukiya, Shah Alam
Nampak macam kelakar tapi berhasil, ini cara orang Jepun cari kucing hilang