Kenapa kad kredit & kad debit ada tarikh luput?, ini sebabnya yang ramai tak tahu

Kenapa kad kredit & kad debit ada tarikh luput?, ini sebabnya yang ramai tak tahu

Kenapa kad kredit & kad debit ada tarikh luput?, ini sebabnya yang ramai tak tahu.

Sekarang memang ramai yang membuat pilihan untuk go ‘cashless’, lebih senang untuk bawa kad dan imbas berbanding perlu bawa wang tunai, yang kadang-kadang memakan masa sebab perlu kira duit sebelum bayar.

Pemilihan untuk gunakan kad debit atau debit ni bukan je mudah malah kita pun dah tak perlu risau tentang wang berkepuk dalam dompet. Bila keluarkan banyak sangat wang tunai, hati mulalah tak tenteram.

Kenapa kad kredit & kad debit ada tarikh luput?, ini sebabnya yang ramai tak tahu

Tapi satu je korang kena tahu, macam manusia juga kad bank pun ada jangka hayat. Sampai masa, kad debit mahupun kredit kena tukar dalam masa yang ditetapkan. Biasanya tarikh luput tertulis pada kad lazimnya tujuh tahun selepas kad dibuat.

Sebenarnya kenapa kad bank ada tarikh luput? Dekat sini min nak terangkan, tarikh luput ni berfungsi sebagai ‘checkpoint’, sebab tu kalau isi maklumat kad kredit atau debit pengguna perlu letakkan tarikh luput.

Dalam tak sedar perkara itu menyelamatkan pengguna daripada ditipu selain dapat mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab memakai kad tersebut.

Jadi, bila kad kredit dah tamat tempoh individu diperlukan untuk menukar kad bank tersebut dan disebabkan zaman pun bertambah maju ciri keselamatan pada kad pun telah dinaiktaraf, seperti adanya cip Europay, Mastercard and Visa (EMV).

Kemudian, bila dah terlampau lama guna kad bank mesti keadaan fizikalnya juga sudah tidak baik sebagai contoh terdapat masalah pada bahagian cip kerana sering keluar masuk daripada mesin juruwang.

Jika korang pengguna tegar kad bank yang sangat selesa pergi mana-mana tanpa wang tunai, baik cek keadaan kad bank, mesti dah lunyai sebab pakai pun dah bertahun.

Baca Lagi:
Senarai jenis ular suka masuk dalam rumah, No. 1 & 2 paling bisa dan bahaya
Bolehkah pandu kenderaan di Malaysia dengan hanya memakai ‘selipar’? Ini penjelasan dari JSPT
‘Siapalah punya kerja nie’ wanita menggigil jumpa kamera pada pelekat ‘flush rosak’ di tandas stesen minyak
CATEGORIES