Kenapa dinamakan ‘Teh tarik’, ini kisah sebenar yang ramai tak tahu

Photo of author

By Syima Iza

Kenapa dinamakan ‘Teh tarik’, ini kisah sebenar yang ramai tak tahu.

Teh Tarik adalah salah satu minuman yang sangat popular di Malaysia.

Keunikannya yang tersendiri menjadikannya kegemaran ramai, tidak kira di kalangan masyarakat tempatan mahupun pelancong.

Kenapa dinamakan 'Teh tarik', ini kisah sebenar yang ramai tak tahu

Ia boleh ditemui hampir di setiap kedai makan di seluruh negara, dengan cara penyediaan yang sangat ‘unik’.

Namun, tahukah anda bagaimana minuman ini mula diperkenalkan di tanah air kita?

Asal Usul Teh Tarik

Teh Tarik pertama kali muncul selepas Perang Dunia Kedua apabila pendatang India beragama Islam di Tanah Melayu mula menjual makanan dan minuman kepada buruh yang bekerja di ladang.
Salah satu minuman yang ditawarkan adalah teh yang dikenali sebagai “teh tarik”, yang sangat popular kerana ia boleh terus diminum tanpa perlu menunggu sejuk.

Pada masa itu, bahan yang digunakan untuk menyediakan teh ini ialah serbuk teh yang murah, yang sering diambil dari sisa pemprosesan teh.

Tanah Melayu pada ketika itu sudah mempunyai ladang teh besar seperti di Cameron Highlands, yang memudahkan penjual mendapatkan bahan mentah.

Walaupun teh ini pahit, susu pekat digunakan untuk memberi rasa manis pada minuman tersebut.

Berbanding dengan teh ala penjajah British yang lebih mengutamakan susu segar dan gula yang mahal, masyarakat Malaya memilih susu pekat.

Hal ini difahamkan kerana ia lebih murah, tahan lama dan tidak perlu disimpan dalam peti sejuk.

Teknik Penyediaan Teh Tarik

Kenapa dinamakan 'Teh tarik', ini kisah sebenar yang ramai tak tahu

Penyediaan teh tarik melibatkan satu teknik yang unik dan menarik.

Istilah “tarik” merujuk kepada proses menuangkan air teh secara berulang-alik dari satu cawan ke cawan yang lain.
Proses ini bukan sahaja berfungsi untuk mengacau teh dan susu pekat sehingga sebati, tetapi juga untuk menyejukkan teh sebelum ia dijual.

Pada awalnya, teknik “tarik” ini dilakukan untuk memastikan teh tidak terlalu panas dan dapat dinikmati dengan segera.

Buruh yang membeli teh tarik sangat menghargai hal ini kerana mereka tidak perlu menunggu lama untuk minum teh yang panas.

Namun, para penjual sedar bahawa aksi menarik teh ini menarik perhatian ramai, dan mereka mula melakukannya dengan lebih terampil untuk menarik pelanggan.

Gerai-gerai yang menjual teh tarik kemudian berkembang menjadi tempat berkumpul untuk masyarakat Malaya dari pelbagai latar belakang, sambil menikmati minuman murah yang disediakan.

Inilah sebenarnya permulaan budaya mamak yang kini menjadi sebahagian daripada identiti masyarakat Malaysia.

Teh Tarik Sebagai Seni

Kenapa dinamakan 'Teh tarik', ini kisah sebenar yang ramai tak tahu

Kini, teh tarik bukan sekadar minuman, ia juga telah menjadi satu bentuk seni.

Teknik “tarik” yang dilakukan oleh para penjaja memerlukan kemahiran yang tinggi, walaupun kelihatan mudah.

Popularitinya menjadikan teh tarik sebagai minuman kebangsaan Malaysia, yang boleh dinikmati di pelbagai kedai makan di seluruh negara, bukan sahaja di kedai mamak.

Selain itu, pelbagai variasi teh tarik juga diperkenalkan, seperti teh tarik halia, serta penggunaan susu selain susu pekat untuk menghasilkan rasa yang berbeza.

Walaupun resipi teh tarik sentiasa berkembang, teknik “tarik” yang digunakan tetap sama hingga ke hari ini.

Bahkan, pertandingan teh tarik sering diadakan di peringkat negeri dan kebangsaan, menguji kemahiran para peserta dalam menghasilkan teh tarik yang sempurna.

Baca Lagi:
Pemilik restoran nasi kerabu sedekah semua makanan bernilai RM13k kepada orang ramai selepas ditipu ‘Pegawai Kerajaan’
Detik-detik pesawat Azerbaijan Airlines terhempas, 42 penumpang terkorban
“Boleh rehat sebulan”- Pemandu teksi terkejut dapat upah RM5000 selepas hantar penumpang di lapangan terbang tepat pada waktu