“Kenapa aku minta cerai? Sebab ini…” – Shuhada dedah perbualan lucah

“Kenapa aku minta cerai? Sebab ini…” – Shuhada dedah perbualan lucah

Lama menahan sabar, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Shuhada Shukri memuat naik tangkap layar perbualan difahamkan antara bekas suaminya bersama seorang wanita yang dipercayai menjadi individu ketika dalam rumah tangga mereka sebelum ini.

Perbualan WhatsApp yang bersifat lucah itu dipercayai pernah dikongsikan sendiri oleh pelakor (perampas laki orang) itu demi membuktikan ikatan serius bersama bekas suaminya.

“Ini perbualan antara pelakor dan bekas sisa saya, untuk pengetahuan, chat ini diberi oleh pelakor sendiri sebab nak buktikan yang dia mampu untuk memuaskan si polan.

"Kenapa aku minta cerai? Sebab ini..." - Shuhada dedah perbualan lucah

“Kenapa aku minta cerai? Sebab ini… Ini juga perbualan antara pelakor dan bekas sisa, diberikan kepada saya untuk membuktikan bahawa mereka sangat serius,” tulis Shuhada pada hantaran tangkap layar perbualan lucah itu.

Turut menjelaskan tindakannya, kata Shuhada ia berpunca daripada tindakan pihak berkenaan memalukan ibunya sebelum ini.

“18 Bulan saya sabar, kau yang start dulu maka sila bincangkan. Saya pegang kata kata ‘jangan mula dulu Shu, kalau dia yang sebarkan dulu then baru you up’.

“Jadi, disebabkan sampai conversation mama saya pertahankan saya pun dimalukan, jadi silakan menjamu hidangan.

“Jangan jolok sarang tebuan! You touched me? Okey… You touched my mom & my kids, kau habis! Jumpa dekat mahkamah,” tambah Shuhada lagi.

Terdahulu, selepas kemunculan semula Hafidz bersemuka dengan pihak media pada hujung minggu lalu, Shuhada tampil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan bekas suaminya itu yang didakwa tidak menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka.

Shuhada juga meminta bekas suami untuk sedar diri dan tidak hanya berseronok tanpa memikirkan keadaan anak-anak.

Tambah Shuhada lagi, dia juga telah menanggung bil persekolahan anaknya, Humairah sebanyak RM11,000 tahun lepas akibat masalah emosi yang dialami kanak-kanak tersebut.

Sekadar info, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai tahun lalu.

Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umarr, 4 tahun.

Sumber

Baca Juga:
Pemandu bas bengang penumpang tinggalkan ‘spender bergulung’ dalam bas
“Lepas di dunia tapi esok di akhirat menjawablah” – Bapa Along Spoon maafkan pembunuh tapi enggan jumpa
Tular murid sekolah rendah pergi kelas pakai kasut Nike RM4,554 buat ramai terkejut
CATEGORIES