‘Kembang tekak’ Mi sizzling datang bersama kepulan asap rupanya berlaukkan ayam berulat

Photo of author

By Syima Iza

Keterujaan pelanggan melihat mi sizzling yang dipesan tiba bersama kepulan asap bertukar menjadi sesi ‘kembang tekak’ apabila melihat makanan yang dihidangkan itu ‘berlaukkan’ ulat.

Kejadian itu dipercayai berlaku di salah sebuah restoran di Anjung Senja, Likas, pada Sabtu lalu dan sempat dirakam sebelum video berdurasi 19 saat dimuat naik menerusi satu akaun di aplikasi TikTok pada malam Ahad.

Dalam video tersebut memaparkan makanan yang dimasak di dalam pinggan sizzling dilihat menyelerakan apabila dihidang ketika kuahnya masih mendidih bersama kepulan asap.

'Kembang tekak' Mi sizzling datang bersama kepulan asap rupanya berlaukkan ayam berulat

Bagaimanapun, selepas kepulan asap tersebut beransur hilang lauk ayam yang dihidangkan di pinggan tersebut kelihatan berulat.

Malah, ulat tersebut jelas dilihat bergerak pada lauk ayam yang dihidangkan bersama mi sizzling berkenaan.

Setakat jam 11 malam, video tersebut mendapat 466 tanda suka, 52 komen dan 592 telah diulang siar oleh pengguna TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang tidak mempercayai ulat tersebut hidup walaupun makanan yang dihidang masih panas dan baru lepas dimasak.

Sehubungan itu, pemilik akaun mahu supaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan pemeriksaan di restoran tersebut.

Baca Juga:
Duit syiling 4 tingkat dalam ‘Kedai Mat Sabu’ di Batu Kurau jadi tarikan pengunjung, tak ada yang berani curi
Pemain bola sepak Palestin dan keluarga terbunuh dalam serangan udara Israel
Tular bayi usia lapan bulan wajah mirip Tengku Hassanal