Wanita ‘ditiduri’ secara paksa oleh 3 ahli keluarga kandung, ayah waktu subuh, atuk siang & pakcik malam. Bagi anak perempuan yang masih muda usianya, seorang ayah seharusnya menjadi pelindung terbaik ketika berdepan situasi tak dingini. Namun bagi seorang gadis berusia 17 tahun ini, siapa sangka maruahnya direntap tanpa bekas kasihan oleh insan terdekat dalam hidupnya.
Selain ayah kandung, dia mendedahkan telah ditiduri secara paksa oleh bapa saudara serta datuknya sendiri. Difahamkan, kedua-dua orang tuanya sudah lama bercerai dan ibu kandungnya yang telah berkahwin baru tidak lagi mengambil tahu tentang keadaan gadis terbabit sejak bayi lagi.
Menurut laporan, kejadian keji itu dilakukan oleh mereka pada tanggal 1 Ogos sampai 5 Ogos secara bergilir-gilir. Pertamanya, ia dimulakan oleh datuknya ketika gadis malang itu sedang tidur siang hari, jam 9.00 ke 9.30 malam dilakukan oleh pak ciknya dan giliran terakhir adalah si ayah iaitu pada waktu subuh.
Laporan polis yang dibuat sebelum ini tidak diproses secara serius.
Akhirnya pada 6 Ogos ketika mereka semua tiada di rumah, gadis berkenaan mengumpul kekuatan untuk melarikan diri dan berlindung di sebuah rumah Allah. Tambahnya, dia sudah tidak sanggup lagi untuk menjadi tempat melepas nafsu selain kerap dikasari dan diugut sekiranya berani membuka mulut.
Dia pernah datang ke balai polis, malangnya laporan tidak dapat diteruskan gara-gara kekurangan saksi dan gagal menyertakan kad pengenalan diri. Kini pihak polis telah mengambil tindakan lanjut dan ibu kandungnya turut dipanggil untuk memberikan keterangan.