Keluarga dapat ganti rugi RM3.6 juta kerana anak luka melecur makan nugget ayam panas

Photo of author

By Syima Iza

Keluarga dapat ganti rugi RM3.6 juta kerana anak luka melecur makan nugget ayam panas.

Sebuah keluarga menerima sebanyak AS$800,000 (RM3.6 juta) selepas panel juri di Florida menganugerahkan ganti rugi tersebut kerana isu ‘nugget’ ayam, lapor portal berita Street77.com hari ini.

Tuntutan undang-undang itu dikemukakan terhadap sebuah syarikat makanan segera dan francaisnya, selepas seorang kanak-kanak mengalami luka melecur akibat makan nugget ayam yang didakwa terlalu panas.

Keluarga dapat ganti rugi RM3.6 juta kerana anak luka melecur makan nugget ayam panas

Pada Mei lalu, juri memutuskan bahawa restoran tersebut dan pemilik francais itu bertanggungjawab kerana gagal memberi peringatan atau memberikan arahan wajar tentang kemungkinan bahaya nugget panas yang disajikan di restoran berkenaan di Tamarac.

Pada Khamis lalu, panel juri bersetuju memberikan ganti rugi itu kepada keluarga tersebut untuk rasa sakit dan penderitaan, cacat, penderitaan mental, ketidakselesaan dan kehilangan keriangan untuk menikmati hidup.

Ganti rugi itu turut meliputi AS$400,000 (RM1.83 juta) bagi cedera yang dialami di masa lalu dan AS$400,000 untuk kerugian yang akan dialami pada masa depan.

Dalam satu kenyataan, peguam keluarga itu berkata: “Keputusan penting ini menyebabkan pengakhiran bermakna kepada proses undang-undang yang sukar dan berlarutan”.

Baca Lagi:
Pernah tidur sebantal dengan hantu raya, lelaki ini sempat rakam ‘sesuatu’ main kereta mainan depan rumah tengah malam
Ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ ditahan bersama wang tunai RM38 juta, emas seberat 200 kilogram bernilai RM60 juta
Suami tak bagi duit RM5,000, isteri ugut rodok mulut suami dengan pisau