Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Photo of author

By Syima Iza

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai.

Perlawanan final Piala FA membabitkan Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan hanya aksi bola sepak semata-mata namun sebenarnya terdapat perkara atau situasi mencuit hati penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Antara situasi yang mencuri perhatian adalah kelibat empat ‘pontianak’ berkeliaran di pekarangan SNBJ sekali gus mendapat perhatian penyokong kedua-dua pasukan.

Kelibat 4 'pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kehadiran Firdaus Ridzuan Ramli, Saifudin Ramli, Syahmi Abdullah dan Firdaus Ibrahim yang tampil dengan imej pontianak menarik perhatian peminat yang berada di pekarangan stadium berkenaan.

Firdaus Ridzuan berkata, ini bukan kali pertama dia bersama saudaranya mengenakan imej sedemikian apabila pernah tampil dengan imej pocong ketika TFC ke final pada 2011.

“Kita tampil dengan imej pontianak tahun ini sebab tahun sebelum ini kami buat pocong dan pernah viral. Sudah 11 tahun kami tunggu untuk ke final, jadi kami tampil dengan imej pontianak untuk membakar semangat kita melawan JDT.

“Kami rancang sudah lama, jadi bila ada final kami buat. Malah setiap kali pergi final kami akan cuba buat kelainan.

“Kami buat ini (imej pontianak) sebagai penawar, JDT jadi lemah. Harapan kami untuk melihat Terengganu menang Piala FA anggaran kita tak nak banyak, 2-1 saja,” katanya ketika ditemui di perkarangan stadium, sebentar tadi.

Mengikut rekod, kali terakhir TFC menjulang Piala FA pada 2011 selepas mengalahkan Kelantan 2-1 dan skuad Penyu juga pernah merangkul kejuaraan sama pada 2000.

Baca lagi:
Gadis usia 11 tahun buat duit melalui instagram, hasil kekayaan berjumlah RM97 juta, beli Mercedes Benz harga RM1.2 juta
“Selamat jalan pa, aku rindu” – Lelaki tidur di sebelah jenazah bapa buat kali terakhir undang ramai sebak
PAS ibarat ‘gila talak’ kata Zahid