Pasangansuami isteri berdepan detik cemas apabila menyedari seorang anak perempuan mereka berusia empat tahun ‘tertinggal’ di dalam kereta pada Jumaat.
Insiden mencemaskan yang berlaku di sebuah taman perumahan dekat Selangor kira-kira pukul 2 petang itu hanya disedari mereka selang 15 minit kemudian.
Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas kanak-kanak tersebut tertidur ketika mengikut ibunya menghantar anak-anak yang lain ke sekolah sesi petang.
Kejadian berkenaan juga dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) rumah mereka sebelum dikongsikan di aplikasi TikTok @farishal83 pada Sabtu.
Berdasarkan klip berdurasi 49 saat tersebut, bapa kepada kanak-kanak itu diikuti ahli keluarga lain bergegas lari menuju ke sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV untuk mendapatkannya.
“Sejarah hidup tak pernah lupa, tapi kali ini jadi pengajaran. Anak tertidur dalam kereta belah belakang.
“Tak ingat nak keluarkan, 15 minit juga, semuanya selamat,” katanya menerusi kapsyen video yang dikongsikan.
Dah 15 minit turun kereta baru teringat anak tertidur dlm kereta belah belakang.
Syukran, selamat.
Waspada selalu ghais.Kredit TT: Faris pic.twitter.com/hrDH38FdBl
— MYNEWSHUB (@mynewshub) March 17, 2024
Bapa kanak-kanak itu yang juga merupakan seorang ahli perniagaan berkongsi kisah yang berlaku selepas kejadian tersebut.
“Cerita lepas kejadian, papa pergi periksa kereta dan cuba duduk di dalam. Suhu semalam (Jumaat) 42 darjah (celsius) lepas solat Jumaat.
“Kesimpulannya, walaupun kereta dah berkunci, lock boleh dibuka dari dalam dan keluar secara manual.
“Keadaan dalam kereta masih sejuk kesan pendingin hawa 15 hingga 20 minit lepas,” tulisnya.