Kelab terkemuka Iran sanggup bayar Arif Aiman RM1.3 juta untuk pinjaman 6 bulan

Photo of author

By Syima Iza

Kelab terkemuka Iran sanggup bayar Arif Aiman RM1.3 juta untuk pinjaman 6 bulan.

Bintang bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi difahamkan cuba dirisik oleh sekurang-kurangnya tiga kelab terkemuka Iran untuk dibawa beraksi dalam saingan Liga Persian Gulf Pro.

Menurut sumber, salah satu daripada kelab terbabit menawarkan nilai kontrak secara pinjaman yang sangat lumayan buat Arif Aiman.

Kelab terkemuka Iran sanggup bayar Arif Aiman RM1.3 juta untuk pinjaman 6 bulan

Difahamkan, kelab itu sanggup membayar sejumlah AS$300,000 atau bersamaan RM1.3 juta untuk tempoh pinjaman selama enam bulan.

“Memang ada tawaran daripada beberapa kelab Iran, sekurang-kurangnya tiga kelab yang sangat berminat untuk membawa Arif Aiman bermain di sana (di Iran),” kata sumber tersebut.
“Tawaran ini bukan tawaran biasa-biasa. Ada satu kelab yang tawarkan AS$300,000, kalau ditukar kepada duit kita, ia lebih daripada satu juta. Tapi ada kelab lain juga yang tawar lebih tinggi,” kata sumber itu.
“Tapi bukan mudah untuk bawa Arif Aiman kerana ia perlu mendapat persetujuan pihak kelab (JDT),” tambahnya.

Sebelum ini, kecoh di laman sosial apabila nama Arif Aiman dikaitkan dengan kelab Iran, Persepolis.

Selain Persepolis, sebuah lagi kelab iaitu Tractor FC, yang kini menduduki tangga pertama saingan Liga Persian Gulf Pro, turut dikaitkan dengan pemain sayap skuad Harimau Malaya itu.

“Kelab Iran ini berminat sebab mereka terpegun dengan aksi lincahnya bersama JDT dalam saingan ACL (Liga Juara-Juara Asia Elit) dan ketika beraksi di Piala Asia Qatar, Januari tahun lalu,” katanya.

Berdasarkan prestasi terkini Arif Aiman, kemungkinan agak sukar untuk JDT melepaskannya kerana sentuhannya amat ditagih, terutama di pentas ACL.

Setakat ini, Arif Aiman telah meledak empat gol, sekaligus berada dalam senarai penjaring terbanyak ACL.

Baca Lagi:
Pemandu lori tinggal isteri sehelai sepinggang selepas menang loteri RM1.5 juta
Ini cara baharu sistem kamera AwAS tangkap pesalah ‘Speedtrap’ yang ramai orang tak tahu
Nama Amira Othman dipetik, Fattah Amin cari wanita bujang