Kekurangan baja pertanian, pemimpin Korea Utara arah penduduk kumpul najis sendiri

Kekurangan baja pertanian, pemimpin Korea Utara arah penduduk kumpul najis sendiri

Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un mengarahkan rakyat Korea Utara untuk mengumpulkan najis mereka sendiri dalam tindakan yang dianggap sebagai menjijikkan dan pelik, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Menurut laporan itu, rakyat negara komunis tersebut diminta menyerahkan sebanyak 9.97 kilogram najis masing-masing dalam usaha pemerintah untuk mencari alternatif selepas negara mengalami kekurangan baja pertanian.

Pada kebiasaannya, najis penduduk Korea Utara akan ‘dikutip’ pada musim sejuk bagi tujuan tersebut.


Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un mengarahkan rakyat Korea Utara untuk mengumpulkan najis mereka sendiri dalam tindakan yang dianggap sebagai menjijikkan dan pelik, lapor akhbar Daily Star kelmarin.Menurut laporan itu, rakyat negara komunis tersebut diminta menyerahkan sebanyak 9.97 kilogram najis masing-masing dalam usaha pemerintah untuk mencari alternatif selepas negara mengalami kekurangan baja pertanian.Pada kebiasaannya, najis penduduk Korea Utara akan 'dikutip' pada musim sejuk bagi tujuan tersebut.Bagaimanapun, Pyongyang kini berdepan dengan kekurangan baja import, menyebabkan Jong-un meminta rakyatnya menyokong usaha negara untuk menyuburkan tanaman mereka sendiri dengan menggunakan baja ‘semula jadi’.Susulan arahan tersebut, penduduk mengadu bahawa mereka terpaksa mengeringkan najis masing-masing di bawah cahaya matahari pada musim panas.Seorang penduduk wilayah Ryanggang berkata: “Unit pemantau kejiranan mengeluarkan arahan untuk mengeringkan najis. Penduduk tidak dapat menyembunyikan rasa keliru mereka.”Sebelum ini, Korea Utara menghantar ribuan belon udara dipenuhi kotoran seperti najis manusia merentasi sempadan ke Korea Selatan pada Mei lalu.Seoul kemudian menganalisis sampel sebahagian daripada 1,500 belon yang dihantar oleh Korea Utara dan mengesahkan kandungannya pelik lagi menjijikkan.Belon itu mengandungi sampah sarap, pakaian Hello Kitty, dan parasit daripada najis manusia.

Bagaimanapun, Pyongyang kini berdepan dengan kekurangan baja import, menyebabkan Jong-un meminta rakyatnya menyokong usaha negara untuk menyuburkan tanaman mereka sendiri dengan menggunakan baja ‘semula jadi’.

Susulan arahan tersebut, penduduk mengadu bahawa mereka terpaksa mengeringkan najis masing-masing di bawah cahaya matahari pada musim panas.

Seorang penduduk wilayah Ryanggang berkata: “Unit pemantau kejiranan mengeluarkan arahan untuk mengeringkan najis. Penduduk tidak dapat menyembunyikan rasa keliru mereka.”

Sebelum ini, Korea Utara menghantar ribuan belon udara dipenuhi kotoran seperti najis manusia merentasi sempadan ke Korea Selatan pada Mei lalu.

Seoul kemudian menganalisis sampel sebahagian daripada 1,500 belon yang dihantar oleh Korea Utara dan mengesahkan kandungannya pelik lagi menjijikkan.

Belon itu mengandungi sampah sarap, pakaian Hello Kitty, dan parasit daripada najis manusia.

Baca Juga:
Guru luah rasa kecewa murid sekarang dah berani tak siapkan kerja sekolah
Budak lelaki raih pujian ramai tidak panik selepas lif tiba-tiba terjunam dari tingkat sembilan
Penyewa jual perabot siap promote dalam group barang terpakai, tuan rumah minta orang ramai jangan beli!
CATEGORIES