Kekasih gelap suami toreh muka isteri dengan pisau

Photo of author

By Syima Iza

Kekasih gelap suami toreh muka isteri dengan pisau.

Seorang wanita di Chiang Mai, utara Thailand diserang oleh kekasih gelap suaminya menggunakan pisau sehingga menyebabkan wajah mangsa cedera, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Wanita hanya dikenali sebagai A dan berumur 40 tahun itu mempunyai tiga orang anak bersama suaminya, B.

Dia mendapat tahu mengenai kecurangan B bersama rakannya sendiri, C, setahun yang lalu. Mereka belum bercerai meskipun dia kerap dipukul oleh suaminya.

Kekasih gelap suami toreh muka isteri dengan pisau

Konflik rumah tangga mereka bagaimanapun mencapai kemuncak dalam kejadian Isnin lalu apabila A pergi ke rumah C semasa suaminya berada di kediaman tersebut.

Dia bertindak demikian untuk meminta suaminya mengembalikan telefon bimbit anak mereka yang dibawa bersama.

C yang berang dengan tindakan tersebut, mengheret A masuk ke rumahnya sebelum dia bersama-sama anak lelakinya dan B membelasah mangsa.

Dalam pertengkaran itu, C mengambil sebilah pisau di dapur lalu menoreh muka A. Mangsa diselamatkan jiran yang mendengar kekecohan tersebut.

Menurut seorang anak saudara A, dia membawa wanita itu ke balai polis untuk membuat laporan terhadap ketiga-tiga individu berkenaan selepas menerima rawatan.

Pegawai Balai Polis Wiang Hang, Charnchai Penchaiya berkata, pihaknya masih belum menerima aduan rasmi daripada mangsa dan percaya, penyelesaian boleh dicapai antara ketiga-tiga mereka.

Baca Lagi:
Pengasuh taska cubit dan hempuk kepala anak ke lantai, ibu rasa nak pitam lihat anak didera
Kanak-kanak menangis ketakutan lihat ular sawa gergasi panjat pokok dari atap rumah
Kucing kesayangan disihir sampai muntah darah hanya kerana dendam