‘Kek dah makan, dah masuk perut’ – Peniaga kecewa kena ‘sidai’ dengan pelanggan tetap

‘Kek dah makan, dah masuk perut’ – Peniaga kecewa kena ‘sidai’ dengan pelanggan tetap

Semua orang mahu menggembirakan hati orang terdekat sebaik yang boleh. Bagaimanapun, berbuat demikian sehingga berhutang adalah satu perkara yang salah.

Baru-baru ini, seorang pembuat kek meluahkan rasa hampa selepas ‘disidai’ oleh salah seorang pelanggannya yang tidak membayar tempahan kek.

Menerusi tangkap layar perbualan WhatsApp, pelanggan itu mendakwa mahu membuat pembayaran selepas selesai memasak. Bagaimanapun, hari demi hari, pelanggan itu hanya ‘bluetick’ dan ‘sidai’ sahaja penjual kek tersebut.

'Kek dah makan, dah masuk perut' - Peniaga kecewa kena 'sidai' dengan pelanggan tetap

“Kakak rasa macam pengemis dah. Hari-hari minta bayaran daripada awak.

“Awak tahu kenapa kakak ambil juga order awak sampai tiga biji walaupun last minute? Kakak fikir Allah S.W.T bagi rezeki juga akhirnya. Kakak jarang dapat tempahan.

“Bila awak order, kakak terus okay sebab fikir rezeki dapat tambah-tambah buat pusing modal bulan ini,” rayu peniaga itu.

Bagaimanapun, rayuan dibuat pada 21 Mei lalu tidak mendapat penyelesaian. Oleh sebab itu, wanita itu menularkan perkara tersebut di media sosial.

Ketika artikel ini ditulis, hantaran itu mendapat lebih 1,000 kali perkongsian.

'Kek dah makan, dah masuk perut' - Peniaga kecewa kena 'sidai' dengan pelanggan tetap

Ramai mendesak agar perkara itu tular dan sampai ke pengetahuan pelanggan itu supaya dia dapat melangsaikan hutang tempahan kek.

Difahamkan pelanggan itu merupakan pelanggan tetap. Peniaga tersebut tidak menyangka dia akan berbuat demikian.

Tambahnya, pada ketika itu peniaga tersebut memberikan juga kek tersebut kepada rider kerana tidak mahu penghantar barang itu tertunggu-tunggu.
Baca Juga:
Lelaki cedera parah dilempar ke dinding ketika cuba lerai 2 lembu jantan bergaduh naik minyak
Lelaki gagal SPM bangga bergaji RM3,500, sekali pakcik ini bagi ‘respon pedas’ buat netizen tergelak besar
Lelaki menyamar wanita berpurdah masuk ruang solat wanita dicekup AJK masjid
CATEGORIES