Kek cawan berisi air mani, pegawai polis dipenjara 100 tahun. Seorang timbalan pegawai polis dari Louisiana, Amerika Syarikat dijatuhkan hukuman penjara 100 tahun selepas membenarkan isterinya menggunakan air maninya sebagai satu daripada bahan adunan kek.
Menurut laporan Mirror, Dennis Perkins, 46, mengaku bersalah terhadap 150 kesalahan jenayah termasuk kesalahan memasukkan air maninya ke dalam kek cawan di mana isterinya, Cynthia mengagihkan kek-kek itu kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Rendah Westside.
Cynthia pula dijatuhkan hukuman penjara selama 41 tahun bermula Februari ini selepas mengaku bersalah terlibat dalam kegiatan jenayah suaminya itu selain didakwa melakukan ‘penderaan’ kanak-kanak dengan memberikan kek cawan yang berisi bahan yang tidak sepatutnya.
Pegawai polis berkenaan ditahan di atas kesalahan itu pada 2019.
Sewaktu meninggalkan mahkamah, Perkins berkata, dia bersyukur dengan hukuman yang dikenakan.
“Saya berharap dan berdoa supaya sesiapa yang terlibat memohon keampunan daripada tuhan,” ujarnya.
Perkins sebelum ini dilihat selalu menangis di sepanjang kemunculannya di mahkamah bagi mengikuti perbicaraan.
Jangan lupa follow kami! Twitter , Facebook