Kejam! Kucing dibuang dalam beg bagasi, terperangkap lebih 6 jam sebelum dijumpai

Photo of author

By Syima Iza

Kejam! Kucing dibuang dalam beg bagasi, terperangkap lebih 6 jam sebelum dijumpai.

“Apa salah kucing-kucing ini? Apalah dosa mereka, tidak layakkah mereka untuk hidup di dunia ini?,”

Begitulah luahan hati @sheikharjans menerusi sebuah video tular di laman TikTok setelah menemui tiga buah beg bagasi berisi empat ekor kucing dewasa bersama beberapa ekor anak kucing di tempatnya berniaga.

Kejam! Kucing dibuang dalam beg bagasi, terperangkap lebih 6 jam sebelum dijumpai

Menurut @sheikharjans, pekerjanya menjumpai beg tersebut di sekitar kawasan tempat letak kereta kira-kira pukul 3 pagi.

“Lebih kurang pukul 8.30 malam, nampak sebuah kereta masuk. Tapi dalam 15 minit, dia keluar balik, mungkin ubah fikiran dan hendak makan tempat lain.

“Pukul 3 pagi, pekerja nampak ada tiga buah beg di kawasan tapak letak kereta. Dalam beg besar berzip, ada kucing dewasa dengan anak-anak kecil, sampai ada yang terkencing dan terberak dalam beg tersebut,” katanya.
@sheikharjans sayangi makhluk #straycat #stray #catsoftiktok #alarjan #seberangjayapenang #penang ♬ Very Sad – Enchan

Lebih menyedihkan, kucing tersebut mungkin telah terperangkap di dalam beg tersebut selama lebih 6 jam sebelum dijumpai.

“Nasib baik kami ternampak. Apa salahnya kalau beritahu orang, tidak mampu nak beri makan dan jaga?

“Tidak mengapa, saya tidak kaya, tidak ada banyak harta. Tetapi saya tidak akan pernah jatuh miskin kalau jaga kucing-kucing ini,” katanya.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 2.5 juta tontonan dan 291,900 tanda suka.

Baca Juga:
Penduduk redah parit 4 hari cari cincin bertatah permata jed bernilai RM670,000
Tak sampai 2 jam, tiket konsert Siti Nurhaliza di Singapura ‘sold out’
Viral abang ‘Kopi Dukung’ pikul tong 20kg, laku 100 cawan sehari