Kejadian menimpa Faisal Halim raih perhatian Borussia Dortmund

Kejadian menimpa Faisal Halim raih perhatian Borussia Dortmund

Insiden malang yang menimpa bintang bola sepak negara, Faisal Halim, terus mendapat perhatian dunia apabila kali ini gergasi bola sepak Jerman, Borussia Dortmund, menzahirkan solidariti di belakang pemain lincah kebangsaan itu.

Menerusi laman Facebook kelab itu, yang akan beraksi di final Liga Juara-Juara (UCL) menentang Real Madrid pada 2 Jun ini, pasukan tersebut mengutuk sekeras-kerasnya insiden itu dengan menolak keganasan.

“Faisal Halim adalah pemain sayap yang bermain untuk Selangor FC dan pasukan kebangsaan Malaysia.

Kejadian menimpa Faisal Halim raih perhatian Borussia Dortmund

“Dia menjaringkan gol terbaik dalam saingan Piala Asia ketika menentang Korea Selatan baru-baru ini. 13 gol dan 9 bantuan gol dalam liga musim lalu melonjakkan Selangor FC ke tempat kedua dan meraih slot ke Liga Juara-Juara Asia II 2024/25.

“Laporan terkini menyaksikan Faisal diserang dan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi. Dengan ini, kami ingin menyuarakan pendirian menolak keganasan dalam bola sepak.

“Hentikan keganasan. Kami di belakang Faisal Halim,” kata kenyataan kelab Jerman itu.

Faisal, 26, sebelum ini disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali dan terpaksa menjalani empat pembedahan bagi merawat kesan lecur tahap empat yang dialaminya.

Kejadian itu nyata menarik perhatian jutaan peminat bola sepak bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Sebelum ini, pemain Manchester United turut menzahirkan sokongan di belakang Faisal dan mendoakan agar pemain kelahiran Pulau Pinang itu segera sembuh dan kembali semula beraksi di atas padang.

Baca Juga:
Sekali seumur hidup, kejadian ‘meteor biru’ menerangi langit mengemparkan penduduk Sepanyol, Portugal
Helikopter dinaiki Presiden Iran terhempas
Disangka mahu culik anak sendiri, wanita dibelasah orang ramai di tadika
CATEGORIES