Kedai mamak ada mesin ATM raih perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @fizzxuan, lelaki tersebut pada awalnya terkejut apabila tiba-tiba mendapati ada sebuah mesin ATM di dalam kedai mamak yang dikunjunginya.
Difahamkan, mesin ATM itu terletak di Restoran Khalifah, Senawang, Seremban, bagi kemudahan pelanggan yang ingin mengeluarkan wang dari bank.
Tidak dapat dinafikan, mesin ATM tersebut amat berguna terutamanya dalam situasi kecemasan, seperti apabila pelanggan kehabisan wang tunai atau jika QR bank tidak dapat digunakan.
Susulan itu, netizen turut terhibur melihat kewujudan mesin ATM tersebut dan memberikan pelbagai reaksi mengenainya.